.

TERGMEPAR !!!!! PERSEPSI HARAKAH TERHADAP ANWAR!!!!

Apakah yang anda faham dengan statement HARAKAH ini? 

Adakah PAS dan PKR tidak sehaluan lagi ? 

Adakah pendirian PAS tercabar apabila , Anwar Ibrahim dicabar oleh karpal Singh untuk mengeluarkan kenyataan bahawa tiada agenda untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam? 

Pelbagai persepsi dapat digambarkan di dalam kenyataan akhbar rasmi PAS seperti didalam gambar tersebut. Namun yang pasti itu lah tanggapan awal PAS terhadap Anwar Ibrahim satu ketika dahulu. 


TWH , berpendapat bahawa PAS juga adalah pasti Politik "talam dua Muka"@ "talam bermuka". 

Pelbagai penipuan dan penyesatan telah dilakukan oleh pemimpin PAS sewaktu didalam pemerintahanya di bawah tangan Nik Aziz Nikmat. Antaranya adalah : - 

Nik Aziz pernah menyatakan bahawa Rasulullah juga pernah terlibat didalam Politik, tiada pembuktian yang kukuh oleh Nik Aziz diatas Statementnya itu , Jika benar seperti apa yang dikatakan oleh Nik Aziz sila la jawap pertanya Talkwithhand ini .

(a)    Rasulullah memimpin parti politik bernama apa?

(b)    Di mana Baginda bertanding?

(c)  Baginda bertanding di kerusi DUN atau Parlimen atau kedua duanya sekali seperti Haji Hadi yang pernah bertanding di Parlimen Marang dan DUN Rusila?

(d)     Berapa penggal Baginda menjadi wakil rakyat.

(e)   Adakah parti Rasulullah itu bergabung dengan mana-mana parti politik orang-orang kafir yang menentang penubuhan negara Islam atau hukum hudud seperti DAP?

(f)   Adakah ceramah politik Baginda dan orang-orang yang Baginda pimpin itu suka mencaci dan memfitnah sesama Islam seperti apa yang diamalkan oleh penceramah dan penyokong PAS selama ini?

(g)     Adakah Baginda sentiasa menurut keputusan politik yang dibuat oleh orang-orang kafir yang merugikan Islam seperti apa yang dituruti oleh Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, Harun Taib, Husam Musa, Nik Amar Nik Abdullah, Muhamad Mustafa dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS apabila diputuskan oleh DAP?

(h) Adakah penyokong-penyokong parti politik Rasulullah ada mengibarkan bendera parti politik orang-orang kafir seperti apa yang dibuat oleh penyokong-penyokong PAS yang mengibarkan bendera DAP, sebuah parti politik yang menentang penubuhan negara Islam dan menentang hukum hudud, anti-Islam, anti-peruntukan masjid dan anti-anti lain?

Politik PAS pernah menyatakan bahawa UMNO adalah parti politik yang memisahkan Agama dan Politik. Sememanya Agama dan Politik tidak boleh disatukan. Kerana kita tidak boleh menyatakan bahawa Agama dan politik adalah satu tuntutan. Jika benar bagai dikata oleh Nik Aziz bahawa Politik dan Agama tidak boleh dipisahkan , maka ianya adalah Bidaah kerana politik sebenarnya dilahirkan oleh orang-orang Barat dan ia tidak berlaku di zaman Rasulullah s.a.w., juga tidak berlaku di zaman sahabat Baginda. Ini telah dijelaskan oleh Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi, Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, dan juga Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah.

TWH BERKATA : 

Perpecahan kaum sesama bangsa iaitu MELAYU yang kini mempunyai dua (2) fahaman politik dam juga dua (2) fahaman agama adalah punca dimana bangsa Melayu beragama ISLAM diperkotak katikkan. Yang mana kedua2 pemimpin yang kononya agung dimata penyokong mereka secara jelas bercanggah fahaman agama dan fahaman politik mereka terhadap sistem pemerintahan dan corak pentadbiran Negara kita. Ini lah punca sebenar perpecahan kaun berlaku di Malaysia yang mana kita akan lihat satu hari nanti bangsa Melayu kan menjadi minoriti di Malaysia . Ini dinamakan "PENGHAPUSAN BANGSA" seperti mana yang pernah dilakukan oleh Singapura terhadap orang Melayu. Lihat sahaja Pulau Pinang. Pasti anda akan dapat jawapanya. 


Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: