.

WAJIB BACA !!!!! ULAMA KELANTAN BELASAH NIK AZIZ!!!!

MURSYIDUL Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sememangnya diakui sebagai seorang ulama yang cukup berpengaruh di dalam Pas.Malahan kerana pengaruh itulah Nik Abdul Aziz mampu bertahan sebagai Menteri Besar Kelantan dan membolehkan parti itu terus memerintah negeri tersebut sejak 1990.Sememangnya kerana pengaruh Nik Abdul Aziz juga membolehkan populariti beliau dikatakan mengatasi Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau mana-mana ulama dalam Pas.Setiap pandangan beliau dalam soal perjalanan politik parti itu sentiasa menjadi perhatian.Di Kelantan,suatu ketika tidak ada ulama yang dilihat mempunyai kemampuan atau keberanian untuk menyanggah Nik Abdul Aziz.Namun sejak 2010 segala-galanya sudah berubah,di gerai-gerai kopi di Kelantan telah ada sosek-sosek yang memperkatakan mengenai kenyataan-kenyataan Nik Abdul Aziz yang dilihat semakin kontroversi dari semasa ke semasa.



Ketika ini terdapat sekurang-kurangnya empat tokoh ulama di Kelantan yang secara terbuka berani menyanggah kata-kata dan tindakan Nik Abdul Aziz sehingga ia mula menimbulkan kesedaran di kalangan umat Islam khususnya di negeri itu mengenai tindak-tanduk Menteri Besar mereka yang dilihat bertentangan dengan seruan Islam.Keempat-empat ulama itu ialah Pengasas Pondok Geting,Abdullah Sa‘amah,bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas,Prof. Mohd Noor Deris,Mudir Pondok Pak Krau,Mohamad Zainal Abidin Awang dan terbaru,Mudir Pondok Lambor, Mohd. Zin Abu Bakar.

Turut menarik perhatian umat Islam ialah ketegasan Mufti Kelantan,Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang sentiasa tegas memberi pandangan berhubung isu politik melibatkan umat Islam.Ini belum lagi mengambil kira badan pemikir,Minda Pondok yang turut mempunyai keberanian menentang corak politik Pas dan Nik Abdul Aziz.Untuk rekod,kebangkitan golongan ulama menentang tindak-tanduk Nik Abdul Aziz di Kelantan boleh dikatakan bermula pada 26 Disember 2010 apabila Abdullah Sa‘amah membuat seruan supaya sebanyak 20 buah pusat pengajian pondok tradisional di negeri itu tidak menyokong kepimpinan Pas bagi menyelamatkan perpaduan Islam dan kepentingan Melayu di negara ini.Penentangan itu bukanlah bermotif politik tetapi kerana mereka semakin resah melihat corak politik Pas dan Nik Abdul Aziz yang dilihat sanggup mempertaruhkan segala-galanya demi mencapai cita-cita politik bersama-sama dengan sekutunya,Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.Namun apa yang lebih menjadi perhatian kepada semua ulama berkenaan ialah bagaimana tindakan Nik Abdul Aziz yang dilihat lebih banyak membuat kenyataan berlandaskan pertimbangan politik berbanding agama.

Oleh itu,mereka memberi teguran dan kritikan kepada Nik Abdul Aziz supaya pemimpin kanan Pas tersebut tidak terus hanyut dibuai keasyikkan memburu kuasa politik sehingga membuat kenyataan yang boleh mengelirukan umat Islam.Berikut antara beberapa isu dan hujah yang pernah melibatkan Nik Abdul Aziz dengan ulama-ulama tersebut.

Soal perpaduan umat Islam
- Ketika Nik Abdul Aziz menolak sebarang kerjasama dengan UMNO,Abdullah dan Mohd. Noor dengan lantang mengkritik tindakan itu. Mereka hairan dengan tindakan Nik Abdul Aziz yang lebih rela untuk berbaik-baik dengan PKR dan DAP tetapi tidak mahu berusaha menyatukan umat Islam di negara ini.Abdullah menegaskan,mengikut hukum Islam,menolak perpaduan seseorang itu boleh menjadi fasik kerana Allah dan Rasulullah SAW mewajibkan umat Islam bersatu padu.

Mohd. Noor pula mempersoalkan pendirian Pas yang suatu ketika pernah mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan bukan Islam tetapi kini mereka sendiri melakukan perikatan dengan DAP.Mohamad Zainal Abidin pula menegaskan,‘‘Kita kena betulkan persepsi Pas bukan Islam, Islam bukan Pas.Kalau mereka benar-benar mendokong Islam, Nik Abdul Aziz perlu menyokong usaha perpaduan dengan UMNO tidak kira apa cara sekali pun."

Mohd.Zin pula bertanya,‘‘Datuk Nik Abdul Aziz pernah berkata dia lebih rela bersahabat dengan syaitan daripada bersahabat dengan UMNO, apakah ini ajaran Islam sebenar?''.
Isu perhimpunan Bersih 3.0 - Nik Abdul Aziz menyokong penuh perhimpunan berkenaan biar pun ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada keselamatan. Malahan Mursyidul Am Pas itu turut mengakui memberi wang poket kepada peserta dan bersedia berbuat demikian jika ia diadakan lagi.Tindakan Nik Abdul Aziz itu bertentangan dengan pandangan Abdullah yang menyifatkan tindakan pemimpin Pas dalam isu Bersih 3.0 menunjukkan mereka semakin hilang punca akibat kerakusan mengejar kuasa politik sehingga sanggup mempertikaikan keputusan majlis fatwa mengharamkan rusuhan jalanan.

Mohamad Shukri pula menasihatkan umat Islam supaya tidak dipergunakan oleh mana-mana pihak yang akhirnya menyebabkan mereka didominasi.

Kenyataan Nik Abdul Aziz yang menyatakan siapa yang tidak mengundi Pas adalah Arab Jahiliah.Kenyataan yang dibuat ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang ini telah disifatkan oleh Mohd.Noor dan Abdullah sebagai kenyataan yang cetek dan tidak berlandaskan kepada ajaran Islam sebenar.Mohd.Noor berkata,kenyataan Nik Abdul Aziz itu jelas menyeleweng dan menimbulkan kekeliruan dan boleh memecah belahkan umat Islam.Abdullah pula berkata,Nik Abdul Aziz tidak faham istilah ‘jahiliah’ yang jelas merujuk kepada kaum Arab kafir ketika zaman Rasulullah SAW.
Sokong Pas masuk syurga - kenyataan Nik Abdul Aziz yang menegaskan bahawa parti itu dengan pendiriannya meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya turut dibidas oleh ulama-ulama itu.

Mohd. Zin kesal kerana dirinya pernah terlibat dalam perjuangan Pas yang menggunakan ‘syurga dan neraka’ untuk meraih sokongan rakyat.Abdullah pula menegaskan,sebuah parti politik seperti Pas tidak dapat menentukan sama ada seorang itu akan masuk syurga atau neraka.

‘‘Sistem parti itu sendiri tidak ada dalam Islam,bagaimana pula dia mahu tentukan undi Pas masuk syurga, tidak undi Pas jahiliah,’’ kata Abdullah.

Sebenarnya banyak lagi isu yang mencetuskan kontroversi dan kekeliruan yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz.Namun begitu beliau perlu menyedari bahawa dengan hadirnya ulama-ulama seperti Abdullah, Mohd. Noor,Mohamad Zainal Abidin,Mohd Zin serta Mohamad Shukri ia sekurang-kurangnya akan memberi peluang kepada umat Islam untuk menilai sikap sebenar Menteri Besar Kelantan dan Pas.Walaupun mereka ini terpaksa menerima pelbagai kecaman terutama daripada penyokong tegar Pas yang sudah ditutup pemikiran mereka untuk membuat pertimbangan, namun ulama-ulama ini tetap tabah melaksanakan kewajipan mereka.Ini jelas apabila Abdullah yang dianggap pencetus kepada kebangkitan golongan ulama di Kelantan menyanggah Nik Abdul Aziz telah diperlekehkan oleh Pas.Namun bagi Abdullah,beliau tidak sedikit pun merasa gentar dengan segala cemuhan kerana menganggap sudah menjadi kewajipan untuk sama-sama membetulkan keadaan kerana tindak-tanduk Nik Abdul Aziz makin menyimpang.

‘‘Saya tidak mempunyai kepentingan selain mahu turut menghentikan segala penyimpangan yang berkait dengan nafsu politik.Saya belajar agama selama 37 tahun dan saya dapat membezakan tafsiran yang benar dan bukannya berteraskan nafsu serta menyimpang,’’ tegas Abdullah.

Demikianlah ketegasan Abdullah dan sentimen yang sama sudah pasti dikongsi bersama oleh ulama-ulama lain kerana mereka ‘bersimpati’ dengan Nik Abdul Aziz - seorang ulama yang terjebak dalam mainan politik kekuasaan.

Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: