.

HARUS BACA !!!!!! KERAJAAN PUSAT BANTU MASJID DI KELANTAN !!!!!

Sempena bulan Ramadhan,Kerajaan Persekutuan menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.5 juta bagi membaik pulih serta menaik taraf 11 buah masjid di daerah Pasir Putih Kelantan.

Peruntukan tersebut disalurkan bagi mengganti menaik taraf masjid dan surau. Peruntukan tersebut digunakan untuk menukar atap masjid atau surau yang bocor sehingga mendatangkan ketidakselesaan kepada jemaah serta membolehkan jawatankuasa pembangunan dan kemajuan masjid merancang program pembangunan sepanjang bulan Ramadhan ini.


Peruntukan tersebut membolehkan pembangunan semula masjid dengan pembinaan ruang yang lebih luas adalah perlu bagi memberi keselesaan kepada anak mukim daripada perantauan yang pulang ke kampung untuk sama-sama berjemaah sunat Tarawih dan Sunat Aidilfitri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Parlimen Pasir Puteh, Zawawi Othman yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh berkata, lain-lain masjid yang mendapat peruntukkan itu ialah Masjid Mukim Selising sebanyak RM150,000, Masjid Mukim Gong Kulim (RM60,000), Masjid Mukim Cherang kuku (RM60,000) dan projek membaiki semula beberapa musalla di kawasan kampung di daerah ini membabitkan perbelanjaan sebanyak RM30,000.

Sementara itu, Imam Tua Mukim berkenaan, Zainal Abidin berkata, banyak bantuan telah disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk pembangunan masjid-masjid di Kelantan. Ini jelas menunjukkan keikhlasan kerajaan meningkatkan syiar Islam dengan penyediaan kemudahan yang lebih sempurna.

Sementara itu Ahli Parlimen Lumut, Datuk Seri Kong Cho Ha menyalurkan peruntukan sebanyak RM88,000 untuk menjalankan pelbagai aktiviti di sepanjang bulan Ramadan kepada 31 buah masjid dan 55 surau dalam Parlimen Lumut.

Peruntukan tersebut disampaikan kepada pengerusi jawatankuasa masjid dan surau terlibat dalam satu majlis di Pejabat Pelajaran Manjung, Perak. Cho Ha yang juga Menteri Pengangkutan berkata, menerusi bantuan kewangan itu, setiap masjid menerima sumbangan sebanyak RM1,200 manakala surau pula sebanyak RM800.
SUMBER : malaysiaaktif
TWH BERKATA : 

Berimpun beramai2 bagai nak rak !!!!! buat collection konony anak buat highway rakyat kelantan berbagai , Rumah Allah , Masjid tempat menunaikan solat setiap hari pun x mampu nak jaga , ha tu lah dia mengata orang sana sini , last2 orang yang dikta tu jgak lah yang keluarkan belanja pulihkan balik masjid tempat korang semua beribadah , nanti cakap la Masjid orang UMNO tak boleh solat  , UMNO itu ...UMNO ini .. hurmm Entah la korang ni apa nak jadi ... 
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: