.

HARUS BACA !!!! LAGI KES KERAJAAN NEGERI SELANGOR !!!!!!





Cukup menghairankan apabila Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Profesor Dr. Anuar Ahmad bercakap kepada media bahawa universiti tersebut lebih baik di bawah pentadbiran PKR Selangor dan mendapat keuntungan sehingga boleh membayar bonus kepada kakitangan. 

Namun apabila lebih 3,000 pelajar Unisel tidak dapat mendaftar ke asrama masing-masing seperti dijadualkan minggu lalu, menunjukkan banyak kelemahan daripada aspek pentadbiran dan kedudukan kewangan UNISEL yang semakin parah dan kritikal, sehinggakan tidak mampu membayar kpd Pengendali asrama pelajar yang di fahamkan sudah meningkat kepada RM 15 juta.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor, Dato’ Sohaimi Shahadan berkata, walaupun pelajar sudah membuat pembayaran yuran melalui pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tetapi Unisel gagal untuk melangsaikan tunggakan bayaran. 

Siapa yang harus dipersalahkan? Difahamkan Unisel juga mengeluarkan kos yang tidak sepatutnya untuk membeli IPad kepada ketua-ketua jabatan dengan nilai mencecah RM500,000.

“Inilah yang berlaku jika pengurusan universiti lebih cenderung berpolitik sehingga mengabaikan aspek pentadbiran universiti, menyebabkan prestasi akademik semakin merudum dan kebajikan pelajar tidak terbela. 

Lebih mengecewakan apabila universiti yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ini hanya memekakkan mata dan membutanya telinga terhadap kelemahan pentadbiran dan kewangan di universiti itu.

Selama ini Menteri besar mendabik dada mencanang kehebatan mereka mengurus kewangan dalam pentadbiran Negeri Selangor dan UNISEL tapi jika inilah cara Menteri Besar dan NC mentadbir, tidak mustahil Unisel akan menjadi gagah putih dan matlamat untuk melahirkan modal insan cemerlang tidak akan kesampaian.
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: