.

HARUS BACA !!!!! ISU MINYAK KERAJAAN BERLAKU ADIL !!!!

Dato' Seri Najib Tun Razak menafikan sangkaan buruk terhadap dirinya yang dikatakan tidak adil didalam menangani isu Petroleum terhadap rakyat Negeri Kelantan. 

Perdana Menteri , yang berucap dihadapan 20,000 orang pedduduk Bachok Kelantan didalam sebuah  Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Rakyat dan Penyampaian Bantuan Kebajikan Masyarakat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Perdana di sini.  Dengan tegasnya menyatakan bahawa kerajaan yang adil adalah kerajaan yang mengikut perintah Allah serta berlaku adil terhadap rakyat. 

Bagi memastikan kerajaan akan terus berlaku adil kepada setiap rakyat Malaysia dengan tidak ada rasa pilih bulu dan pilih kasih , tidak mengira kerajaan apa yang memerintah negeri tersebut , sekiranya kerajaan kini memimikirkan ianya adalah HAK RAKYAT , kerajaan pasti akan kembalikan kepada rakyat. 

Didalam isu petroleum ini , kerajaan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa Khas bagi mengkaji secara adil pembahagiannya akan melibatkan 3 buah negeri iaitu , Pahang , Kelantan dan Terengganu . 

Bagi memastikan Jawatankuasa tersebut berjalan dengan baik , Dato' Seri Najib telah pun mengutuskan surat RASMI kerajaan kepada Sultan Kelantan dan MB Kelantan untuk memilih seorang wakil dari kerajaan mereka untuk memastikan bahawa pengagihan yang dibuat oleh kerajaan ADIL dan SAKSAMA. Begitu juga dibuat kepada 2 buah negeri yang lain iaiatu PAHANG dan TERENGGANU . 

Dato' Seri juga menyatakan hasrat hatinya kepada 20,000 rakyat bachok , bersemperna dengan bulan ramadhan ini , sekiranya rakyat kelantan inginkan perubahan , maka kerajaan BARISAN NASIONAL bersedia untuk melakukan perubahan kepada negeri kelantan . 



Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: