.

HARUS BACA !!!!! PAS DIDESAK MENYATAKAN PENDIRIAN !!!!


Pas perlu menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung penolakan secara konsisten DAP dan Pengerusinya, Karpal Singh terhadap cita-cita menubuhkan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud atau keluar segera daripada pakatan pembangkang.

Perkara itu wajar diberi perhatian serius pucuk pimpinan Pas ekoran timbulnya keresahan di kalangan penyokong-penyokong di peringkat akar umbi selepas DAP dan Karpal berterusan menolak asas perjuangan Pas.

Mengulas kenyataan Karpal baru-baru ini yang menegaskan pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam oleh Pas adalah perkara yang paling tidak dipersetujui parti tersebut.

Menurut Karpal, DAP konsisten berhubung perkara itu dan pendirian parti tersebut tidak pernah berubah sejak sekian lama malah akan terus mempertahankannya.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor menambah, bantahan beliau yang mewakili DAP itu berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan yang tidak membenarkan perkara itu dilaksanakan.

Berikutan penentangan berterusan Karpal itu, beberapa ulama menegaskan adalah haram dan berdosa umat Islam menyokong parti yang bersekongkol dengan DAP kerana parti tersebut jelas menolak pelaksanaan hukum Islam.

Secara nyatanya adalah penyokong-penyokong Pas ketika ini amat tidak senang melihat DAP dan Karpal berterusan menolak pelaksanaan hukum Allah yang selama ini menjadi asas perjuangan parti PAS.

Selagi Pas masih lagi berada dalam pakatan pembangkang usaha menubuhkan negara Islam dan menjalankan hukum hudud tidak akan terlaksana kerana hasrat itu sentiasa mendapat tentangan DAP.









Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: