.

PERLU BACA !!!!! PAS SEMAKIN TERDESAK !!!!!


Tahap kematangan pengundi Melayu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tidak boleh disamakan dengan 1981 apabila timbulnya isu kafir-mengkafir oleh Presiden PAS ketika ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Banggol Peradong, Terengganu. 

Hasilnya, timbullah Amanat Haji Hadi yang antara lain menyumbang kepada perpecahan dalam masyarakat sesama Islam dan mengambil masa bertahun-tahun bagi memulihkan keretakan itu, walaupun tidak sepenuhnya. 

Dalam pada PAS lantang mendakwa perjuangannya semakin diterima golongan bukan Islam menerusi pendekatan PAS Untuk Semua, parti yang berpaksikan kepemimpinan ulama itu dilihat rakus mengelirukan umat Islam menerusi pelbagai tindak-tanduknya. 

Generasi lama penyokong tegar PAS mungkin boleh menerima pendekatan ekstrem seperti menghapus dan memurtadkan lawan kerana ia sinonim dengan cara PAS dalam era 1960-an hingga 1980-an. 

Bagaimanapun, generasi lebih muda mungkin berpendapat sebaliknya. Bertahun lamanya masa diambil oleh PAS bagi mengubah wajahnya hingga berupaya menarik penyertaan golongan profesional, terutama ketika era parti itu diterajui Allahyarham Datuk Fadzil Noor sebagai Presiden. 
Sedikit demi sedikit, PAS berjaya menawan sebahagian golongan sasar idaman lawan - muda dan berpendidikan yang tidak membawa imej parti lebai seperti sebelumnya tetapi perkembangan dua tiga hari ini mungkin boleh menjauhkan golongan sama daripada parti itu. 

Capaian maklumat luar biasa ketika ini memungkinkan pengundi mengesahkan apa yang didengar atau dibaca. Bukan sesusah mana untuk mencari pautan rakaman video doa menghapuskan UMNO yang diaminkan ribuan hadirin di Stadium Sultan Mohamad IV, Jumaat lalu, dan membuat kesimpulan sendiri terhadap apa yang dilontarkan. 

Tahaluf siyasi yang dipersetujui bersama PKR dan DAP dalam mencapai cita-cita menakluk Putrajaya pada PRU-13 terus mengubah rentak PAS apabila beberapa isu yang lantang diperjuangkan seperti pelaksanaan hudud semakin sunyi daripada pendengaran. 

Sekalipun hampir semua pucuk pimpinan PAS menegaskan parti itu kekal di landasan perjuangan dan dikukuhkan dengan kenyataan Majlis Syura Ulama yang bermesyuarat di Kota Bharu tiga hari lalu bahawa PAS hari ini sama seperti PAS dulu, bukan semua ahli dapat diyakinkan dengan begitu mudah. ( SUMBER : BHARIAN ONLINE )
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

Anonymous said...

Sesungguhnya Allah swt tak akan memakbulkan doa orang-orang munafik yang ingin menghancurkan orang-orang Islam. Sebaliknya doa laknat tersebut akan terkena kembali kepada PAS dan gerombolan fuckatan. Insya Allah