.

GEMPAR !!!! DAP DAN PAS SUDAH TIDAK BERSEFAHAMAN LAGI !!!!!


Seorang Exco kerajaan Negeri Kedah hari ini melontarkan persoalan kepada Karpal Singh apakah bekalan air yang disalurkan kepada rakyat di Pulau Pinang percuma berikutan permintaan Pengerusi DAP itu agar negeri tersebut tidak memperdagangkan sumber semula jadi kerana air satu anugerah tuhan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, meskipun air itu anugerah tuhan, penjagaan sumber alam itu termasuk untuk mengekalkan kawasan tadahannya melibatkan perbelanjaan.

"Yang syarikat air caj bekalan air itu macam mana? Ini bukan soal dagang, soal sekarang kena bayar, (atau) tidak kena bayar.

"Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang bagi percuma ke? Itu untuk air yang dirawat. Yang ini air mentah tetapi hutan kena jaga, penguatkuasaan kena buat dan melibatkan kos," katanya

Beliau mengulas kenyataan Karpal yang menyindir kerajaan Pas Kedah dengan meminta supaya tidak menjadikan air sebagai satu perniagaan ekoran kemelut yang timbul antara Kedah dan Pulau Pinang berhubung isu air mentah.

Pengerusi DAP itu hari ini dilaporkan sebagai berkata: "Air adalah anugerah Tuhan dan jangan jadikannya sebagai perniagaan."

Phahrolrazi berkata, kerajaan Pas Kedah tetap berpegang dengan rancangannya untuk menjual bekalan air mentah kepada Pulau Pinang kerana telah memutuskan bahawa setiap liter air mentah yang dikeluarkan dari negeri ini harus dibayar.

Menurut beliau, kerajaan negeri telah meluluskan satu enakmen dan di dalamnya terdapat peruntukan bagi menubuhkan satu badan iaitu Lembaga Sumber Air Negeri Kedah untuk menjaga sumber airnya.

"Nak jaga air pun libatkan perbelanjaan, bukan percuma walaupun air hujan itu percuma. Jadi dalam enakmen itu memperuntukkan bahawa boleh dikenakan bayaran kepada mana-mana pihak yang mengambil air mentah yang berpunca dari negeri ini," katanya.

Kata beliau, fokus kerajaan Pas Kedah sekarang ialah untuk menjayakan proses rundingan antara 'kerajaan negeri dengan kerajaan negeri' pada bulan depan dengan memberikan penjelasan tentang penjualan bekalan air mentah kepada negeri sekutunya itu.

"Biar kita runding dulu. Kita akan guna kaedah-kaedah sebab melibatkan perundangan dan hak," katanya.

-Utusan
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: