.

GEMPAR !!!! FAHAMAN SYIAH MENULAR KE PERLIS !!!!!


 Jabatan Mufti Perlis mengesan gerakan membawa masuk fahaman Syiah yang difatwakan haram ke negeri ini. 

Beberapa pengikut Syiah dikesan mengedar risalah berkaitan fahaman itu di beberapa majlis terutama anjuran jabatan itu sejak dua hari lalu. 



Timbalan Mufti Perlis, Roslan Esa, berkata risalah bertajuk Forum Hal Ehwal Islam (Mencintai Sahabat Rasulullah)‘ yang diedar itu turut mengguna pakai nama Jabatan Mufti Perlis sebagai penganjur bagi mengelirukan umat Islam. 


Roslan berkata, ratusan risalah diedar kumpulan yang disyaki penganut Syiah dari Kedah itu dalam dua majlis anjuran pihaknya di sekitar daerah ini.

“Kali pertama risalah itu diedar pada majlis di Masjid Tuanku Syed Putra, di sini, malam kelmarin, sebelum tindakan itu sekali lagi dikesan ketika seminar 'Mencintai Sahabat Nabi' di Dewan Warisan di sini, pagi tadi.

“Kita sudah buat laporan polis berhubung tindakan kumpulan terbabit termasuk penggunaan nama Jabatan Mufti Perlis yang dikhuatiri bukan saja mengelirukan, malah berpotensi menimbulkan ancaman. 

“Malah, perkara itu akan turut dimaklumkan kepada Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) untuk tindakan susulan kerana dakyah dibawa kumpulan itu berbahaya dan boleh menyesatkan akidah umat Islam,” katanya di sini, semalam. 
Risalah bertajuk ‘Forum Hal Ehwal Islam (Mencintai Sahabat Rasulullah)’ itu mengandungi empat tajuk utama iaitu Pandangan Syiah Terhadap Sahabat, Tuduhan Terhadap Syiah Tentang Kemurtadan Para Sahabat, Pendirian Syiah Terhadap Perbalahan Para Sahabat dan Mengisahkan Keburukan Para Sahabat.

“Kita percaya wujud gerakan tersembunyi yang berusaha menyebarkan fahaman berkenaan dan kumpulan itu dilihat semakin berani melakukan aktiviti itu secara terbuka termasuk di majlis rasmi serta tempat ibadat.

“Kita yakin kumpulan ini sedang berusaha menerapkan ajaran Syiah ke seluruh Malaysia dan mereka kini mula menyebarkan fahaman berkenaan di Perlis selepas didakwa semakin kukuh di Kedah,” katanya. (SUMBER )
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: