.

HARUS BACA !!! TAAT SETIA KEPADA PERJUANGAN PARTI !!!!!




Laungan ikrar taat setia pada perjuangan UMNO yang dilafazkan oleh 2,759 perwakilan bergema penuh semangat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2012 hari ini.

Bacaan ikrar yang diketuai oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi genggaman tangan kanan di dada sebelah kiri setiap perwakilan yang berjanji akan mempertahankan parti demi kesucian Islam dan nasib bangsa Melayu.

“Katakan pada hati dan jiwa kita demi Islam, demi Melayu, demi Malaysia, demi bumi bertuah ini, demi anak cucu kita, kita mesti setia pada perjuangan UMNO demi kedaulatan dan kesucian agama Islam kerana Umnolah pertahankan Islam.

“Kita mesti taat pada pemimpin UMNO, demi kemenangan parti kerana UMNO pembela rakyat, katakan tuan-tuan, kita mesti bersatu sesama ahli UMNO, jangan bersengketa kerana perpaduan ialah tiang seri kepada perjuangan kita.

“Yakin dan percayalah hanya UMNO yang mampu mempertahankan kesucian agama Islam, hanya UMNO yang mampu bela untung nasib bangsa Melayu dan kaum-kaum lain, katakan pada jiwa kita hidup dan matiku hanyalah untuk Islam, pertahankan UMNO kerana UMNOlah pertahankan Islam,” katanya dengan penuh bersemangat.

Pada awal ucapannya, Perdana Menteri kelihatan sebak dengan rayuan wakil Kelab UMNO Luar Negara, Ariff Yasir Zulkafli semalam yang mahu anggota UMNO melupakan segala sengketa dan memberi gambaran tentang masa depan anak Melayu jika UMNO dan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa.

“Saya tersentuh hati bila wakil Kelab UMNO Luar Negara dengan suara yang sayu merayu ‘tolonglah ayahanda, tolonglah bonda’ untuk UMNO terus bersuara, berkuasa untuk meneruskan perjuangan demi kepentingan bangsa dan akidah,” katanya.

Najib berkata permintaan itu mengingatkan bahawa perjuangan UMNO meliputi masa depan golongan muda dan parti berjanji melakukan yang terbaik untuk mereka.

Di akhir ucapan penggulungannya itu, Najib turut mengajak seluruh perwakilan dan semua anggota UMNO supaya menadah tangan memohon pertolongan Allah S.W.T agar UMNO terus kuat dan Islam terus terpelihara.

“Marilah kita bersama-sama bersumpah dan berikrar dengan nama Allah selagi darah masih mengalir, selagi hayat dikandung badan, agama suci Islam pasti kita daulatkan, bangsa Melayu pasti kita perjuangkan, rakyat Malaysia pasti kita makmurkan, negara tercinta pasti kita pertahankan,” katanya.

Beliau kemudian melaungkan ‘hidup UMNO, hidup Barisan, hidup Malaysia’.
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: