.

GEMPAR !!!!! HARUS DIBACA !!!! WALAUPUN AMAT MERUGIKAN, NAMUN PAS TETAP SAYANG DAP?!!!!




Pendirian DAP yang mahukan kerusi tambahan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak wajar dianggap sebagai satu pendirian "tamak", kata Pas hari ini.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setiap parti menginginkan kerusi tambahan untuk kepentingan masing-masing dan meningkatkan kuasa termasuk juga BN.

"Kita tak boleh kata kalau ada yang nak tambah kerusi, contohnya DAP itu adalah tamak.

"Semua parti mahukan kerusi lebih termasuk BN yang terdiri daripada Umno, MCA dan MIC, jadi adakah mereka juga tamak?

"Soal penambahan kerusi ini kita masih belum berbincang," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang juga berkata, langkah meletakkan calon Melayu pada PRU13 menunjukkan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu tidak rasis berbanding BN.

Tuan Ibrahim berkata, jaminan untuk meletakkan calon Melayu oleh DAP telah biasa dilakukan, namun ia penting bagi PR menunjukkan sikap keterbukaan ahlinya memberi ruang kepada kaum lain menjadi calon.

Menurutnya, berbanding BN setiap parti kompenannya hanya menempatkan calon mengikut aliran parti ternyata menunjukkan rasis antara parti.

Beliau berkata, jaminan yang diberi oleh DAP juga adalah kebaikan kepada PR bagi mendahului BN pada PRU13 dalam meraih sokongan orang Melayu.

"Kalau kita tengok letakan calon orang Melayu oleh DAP itu adalah perkara biasa, namun ini memberi gambaran jelas PR tidak rasis berbanding BN.

"Dalam Pas sendiri kita ada kaum lain sebagai calon walaupun umum tahu yang kita adalah parti yang berlandas dan memperjuangkan Islam.

"Politik negara juga harus mempunyai sifat keterbukaan pada masa sekarang," katanya.

Semalam Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya akan menampilkan calon-calon mengikut kelayakan dan mempunyai peluang cerah untuk menang PRU13.

Beliau berkata, calon keturunan Cina yang dipilih oleh parti juga mestilah yang boleh berkhidmat untuk kepentingan masyarakat lain, tidak terhad kepada kaum Cina sahaja.

"Yang penting ialah kita mahu semua pemimpin mendekati semua rakyat Malaysia. Kenapa hanya Melayu mendekati orang Melayu, Cina mendekati kaum Cina, India mendekati kaum India sahaja? Ini bukan konsep Malaysian Malaysia yang kita tentukan (perjuangkan)," katanya.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang memberi jaminan bahawa DAP, yang menjadi tunjang parti pakatan DAP-PKR-Pas, akan menampilkan calon Melayu bagi meraih sokongan khususnya orang Melayu.

Sementara itu, Tuan Ibrahim juga berkata, isu penambahan kerusi yang dinyatakan oleh DAP tidak boleh dianggap sebagai tamak.

Beliau berkata, setiap parti menginginkan kerusi tambahan untuk kepentingan masing-masing dan meningkatkan kuasa termasuk juga BN.

"Kita tak boleh kata kalau ada yang nak tambah kerusi contohnya DAP itu adalah tamak.

"Semua parti mahukan kerusi lebih termasuk BN yang terdiri daripada Umno, MCA dan MIC, jadi adakah mereka juga tamak?

"Soal penambahan kerusi ini kita masih belum berbincang," katanya.

Ini bongok punya alasan. Dia mengaku setiap parti menginginkan kerusi tambahan untuk kepentingan parti masing masing tetapi si bongok pas ni sanggup pula bagi kerusi dia pada Dap. Pas sendiri tak mahu jaga kepentingan partinya. Eloknya pas ni di bubarkan saja. Bagi je semua kerusi dia pada Dap.
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: