.

GEMPAR !!!!! KAUM INDIA TERUS MEMBERIKAN SOKONGAN !!!!!




Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel memberi jaminan sokongan masyarakat India hari ini sudah kembali kepada Barisan Nasional (BN) kerana masyarakat India menurut beliau sudah muak dengan agenda pembangkang yang jauh lebih berminat untuk berkuasa daripada membela kebajikan mereka berbanding BN yang nyata lebih bersungguh-sungguh untuk membela nasib kaum India di negara ini.

Menurut beliau, pembangkang boleh melupakan hasrat untuk mendapatkan undi kaum India dalam pilihan raya akan datang kerana masyarakat India telah berikrar untuk menyokong BN kerana tindakan pembangkang yang sering mengabaikan sensitiviti dan kebajikan kaum itu kini telah benar-benar menyedarkan mereka.  


Jaminan yang diberikan oleh Presiden MIC itu sedikit sebanyak mampu mengembalikan kekuatan BN ketika sokongan pengundi Cina melalui MCA ketika ini agak goyah dan amat sukar untuk diramal. Jika dilihat kenyataan G. Palanivel itu mungkin ada kebenarannya kerana senario politik di negara ini dan kedudukan MIC ketika ini amat jauh berbeza berbanding  apa yang berlaku pada 2008.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, kita tidak boleh menolak hakikat bahawa penolakan majoriti kaum India terhadap BN merupakan antara faktor yang menyebabkan BN gagal memperoleh majoriti dua pertiga, kehilangan beberapa negeri termasuk kekalahan nama-nama besar pemimpin politik MIC termasuk presidennya ketika itu, Datuk Seri S, Samy Vellu yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Siput yang menjadi kubu kuat beliau sejak 1974. Begitu juga dengan G. Palanivel yang kalah di kerusi Parlimen Hulu Selangor kepada calon PKR.

Samy Vellu tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR)  Dr D Jayakumar dengan majoriti 1,821 undi di mana beliau hanya mendapat 14,637 undi berbanding Jeyakumar, 16,458.  Pada pilihan raya 2008, MIC hanya menang tiga kerusi Parlimen dari sembilan kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu.  Ketika itu penolakan pengundi bukan Melayu termasuk masyarakat India terhadap BN amat jelas terutama di Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pecahnya undi masyarakat India ketika itu berpunca daripada banyak sebab. Selain isu kepimpinan Samy Vellu sendiri, masyarakat India ketika itu turut berdepan dengan isu tuntutan Hindraf yang sedikit sebanyak telah berjaya mengubah persepsi masyarakat India terhadap kerajaan yang didakwa gagal atau tidak mengambil peduli tentang kebajikan dan nasib masyarakat India di negara ini. Isu tersebut berjaya di manipulasi oleh PKR dan diangkat sebagai satu agenda perjuangan parti sehinggakan ramai masyarakat India terpengaruh.

Isu kepimpinan MIC yang ketika itu dipimpin oleh Sammy Vellu dikatakan menjadi punca utama beralihnya sokongan pengundi India. Ramai di kalangan masyarakat India percaya kepimpinan Samy vellu sudah tidak lagi relevan dengan kehendak masyarakat India yang mahukan perubahan, keterbukaan dan mahukan beliau membuka ruang kepada pemimpin baru untuk menggantikan beliau.

Keengganan beliau untuk berundur walaupun mula timbul desakan dipertingkatkan akar umbi ditambah dengan sikap beliau yang suka mencantas sesiapa yang tidak sehaluan dengan beliau, menyebabkan ramai masyarakat India hilang keyakinan dan tidak menyukai kepimpinan beliau. Sehinggakan sehari sebelum pilihan raya terdapat laporan yang menyatakan wujudnya usaha di kalangan masyarakat Hindu untuk bersembahyang di kuil-kuil agar beliau mati atau kalah dalam pilihan raya.

Walaupun ketika itu MIC menyalahkan UMNO sebagai punca kekalahan dengan mengaitkan tindakan merobohkan kuil haram di tanah kerajaan, sebenarnya isu tersebut amat terpencil berbanding masalah lain yang membelenggu MIC.

Melihat kepada keyakinan yang dilahirkan oleh G. Palanivel dan kembalinya suara majoriti masyarakat India ke dalam MIC selaras dengan perubahan yang berlaku dalam parti itu ketika ini, nyata BN telah kembali mendapat kepercayaan masyarakat India. Tambahan pula dengan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan ketika ini yang sentiasa mendahulukan rakyat tanpa mengira latar kaum dan agama bagi memastikan tidak ada mana-mana kaum yang terpinggir atau tertinggal dalam mengejar pembangunan.

Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: