.

HARUS BACA !!!! ASAKAN DEMI ASAKAN !!!!




Pemimpin golongan ulama dalam Pas terus menjadi sasaran kecaman kerana tidak mampu untuk bersuara apatah lagi untuk mendesak kepimpinan tertinggi Pas untuk memasukkan hudud sebagai salah satu manifesto bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang selaras dengan matlamat dan dasar perjuangan parti itu.

Sebelum ini pemimpin-pemimpin tertinggi Pas terutama Mursyidul Am, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat lantang mempertahankan hudud dan akan tetap memperjuangkannya walaupun hasrat beliau itu ditentang oleh sekutu dalam pakatan pembangkang terutamanya DAP. Malah isu pelaksanaan hudud dianggap sebagai penghalang terbesar bagi Pas untuk mencapai kata sepakat dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bakal menjadi titik tolak sejauh mana ketiga-tiga parti itu mampu untuk bergabung membentuk sebuah kerajaan.


Tindakan bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris, mencabar barisan pemimpin ulama dalam parti itu agar mendesak kepimpinan tertinggi parti itu memasukkan hudud dalam manifesto mereka, jelas menunjukkan Pas hanya lantang mempertahankan isu pelaksanaan Hudud hanya untuk meraih sokongan pengundi Melayu semata-mata. Sedangkan dalam masa yang sama Pas terikat dengan kehendak pihak lain yang mahukan parti itu mengetepikan isu itu jika berhasrat untuk menumbangkan Barisan Nasional kerana isu hudud bukan sahaja tidak boleh diterima oleh DAP tetapi juga menakutkan pengundi bukan Islam.

Jika Pas terutamanya Nik Aziz yang lantang mempertahankan untuk melaksanakan hudud, beliau dan kepimpinan ulama perlu menunjukkan kesungguhan dan berani untuk menegakkan prinsip perjuangan dengan memasukan hudud dalam manifesto mereka kali ini. Pas juga perlu berani dan berpegang kepada kehendak akar umbi yang mahukan pelaksanaan hudud dijadikan sebagai satu keutamaan apatah lagi ketika ini sudah ada suara-suara di peringkat akar umbi yang mula mempersoalkan dasar perjuangan parti itu yang tidak lagi bertunjangkan matlamat asal penubuhan dan perjuangannya.    

Kegagalan Pas memasukkan hudud dalam manifestonya tentu akan memberi impak besar kepada perjuangan Pas dan akan mengesahkan lagi dakwaan-dakwaan bahawa terdapat pihak-pihak yang berkuasa di belakang Pas yang mengunci mulut-mulut pemimpin mereka. Namun apa yang pelik di sini ialah di mana suara-suara golongan ulama dalam menegakkan prinsip dan perjuangan parti itu. Apakah mulut mereka juga dikunci atau tidak mahu menerima nasib seperti pemimpin-pemimpin Pas yang agak lantang dan terbuka mempertikaikan dasar kepimpinan parti itu kebelakangan ini?

Pengaruh kepimpinan ulama dalam Pas hari ini ibarat melukut di tepi gantang. Suara dan kelantangan mereka dalam menegakkan perjuangan parti itu tidak lagi kedengaran sebaliknya kepimpinan yang ada hari ini lebih taksub untuk menjatuhkan UMNO dan BN. Akibatnya, perjuangan yang dulunya bertunjangkan agama kini tidak lagi menjadi keutamaan. Jika kepimpinan Pas yang ada hari ini serius dalam mempertahankan hudud, mereka perlu membuktikan untuk mengangkat isu itu dalam pilihan raya akan datang sebagai salah satu dasar perjuangan mereka.

Jika Pas benar-benar komited dalam memperjuangkan Hudud, mereka perlu serius dan memperbetulkan persepsi masyarakat tentang perjuangan mereka kerana apa yang berlegar dalam fikiran masyarakat terutama di kalangan penyokong parti itu ketika ini  adalah mereka bukan sahaja mulai sangsi malah keliru dengan matlamat sebenar Pas. Apakah disebabkan oleh terlalu mengejar kuasa dan dendam terhadap UMNO dan BN, mereka memadamkan segala-galanya.     

Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: