.

GEMPAR !!!! SIASAT TEAM BOLA HARIMAU MALAYA !!!!!!

Nampaknya, Peminat  bola sepak Malaysia merelakan dan menerima seadanya akan kekalahan Malaysia kepada Thailand dengan alasan Pengadil berat sebelah dan sebagainya.

Namun, saya tidak fikir begitu. Saya melihat Datuk Raja Gopal dan pengurusan team Malaysia menyembunyikan sesuatu beberapa jam sebelum team Malaysia berangkat ke Bangkok.

Pertama, mengapa pengurusan Malaysia memberi kebenaran kepada PBNJ dan Safie Salee berjumpa dan menandatangani Perjanjian dengan Johor. Sepatutnya masa itu masa latihan, masa di mana Safie Salee menumpukan perhatiannya kepada Latihan dan Negara! Tidak bolehkah dilakukan selepas Piala AFF!!! Nampaknya berlaku kejar-mengejar, desak-mendesak dan paksa-memaksa kerana sebelumnya acara menandatangani hendak dibuat di Johor Bahru tetapi terpaksa mengganggu Safie Salee di Pusat Latihan Negara!

Ternyata menjelang umur Safie ke-30an tahun, Safie Salee nampaknya melihat kepada keuntungan peribadi berbanding kepentingan negara. Di Indonesia, Safie dibayar hampir RM100, 000 sebulan. Manakala dengan Johor khabarnya mencecahkan RM100,000. Johor akan membuang Safie Salee jika Safie Salee tidak boleh bermain dan dirundung kecederaan berpanjangan. Nampaknya, Safie Salee seperti menyimpan kecederaannnya untuk pulih sebelum sepak mula Liga Malaysia bermula!



Kedua, kita merasa was-was kerana Safie Salee hanya diturunkan kurang 20minit di dalam kedua-dua perlawanan timbal balik itu. Kononnya Safiee Salee cedera tidak masuk akal, pengurusan dan Datuk Raja Goap perlu menjawab ini? Dedahkan Laporan Perubatan Safie Salee dan juga Wan Zack Haikal? Pasukan Perubatan tertakluk kepada Profesionalisma dan Convention Geneva. Mereka mesti memberi laporan semasa.

Apakah Datuk Raja Gopal terlibat dalam konspirasi tidak menurunkan Safie Salee dan Wan Zazk Haikal sedangkan sehari sebelumnya, Safie menyatakan kepada wartawan dia sudah bersedia!

Rakyat Malaysia yang membayar Cukai Pendapatan, dan Cukai Pendapatan itu digunakan untuk membayar gaji pemain bola sepak Malaysia, jurulatih dan pengurusan bola sepak. Mereka perlu memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia. (seterusnya) 
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: