.

HARUS BACA !!!!! JANGAN PELIK JIKA ISU LAMA SIBUK DIPERKATAKAN !!!!


 Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan melihat pembangkang ketandusan isu untuk mempengaruhi rakyat sehingga terpaksa mencari modal lama untuk dikitar semula.

Menurut beliau tidak menghairankan dan bukanlah sesuatu yang pelik sejak akhir-akhir ini pelbagai cerita lama dan isu-isu lapuk menjadi medan kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan yang ada hari ini.

“Nampak sangat mereka bankrap isu…Kitar semula isu-isu lapuk. nak jaja cerita baru dah tak ada modal. Atas dasar itulah kita melihat mereka mencari isu-isu yang mereka tidak dapat menjuarai seperti isu Mykad kaum India dan sebagainya lagi.

“Hakikatnya dalam isu seumpama ini, rakyat berketurunan India sedar kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sedang melaksanakan yang terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan.

“Dan jelaslah matlamat mereka hanya sekadar untuk menampilkan kecurigaan masyarakat kaum India khususnya terhadap kerajaan hari ini,” katanya kepada UMNO-Online, di sini.

Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya menambah pembangkang tidak ada modal lain dan yang ada pada mereka hari ini hanyalah sekadar untuk mewujudkan isu dalam khayalan mereka sendiri.

“Apa yang mereka buat itu dengan harapan agar rakyat percaya. Namun percayalah sesungguhnya rakyat tidak akan terpedaya dengan khayalan yang dilontarkan oleh pembangkang itu.

“Apabila dinilai dan diperhatikan secara ikhlas, sebenarnya kita akan dapat lihat apa yang dilontarkan oleh pembangkang itu khayalan semata-mata. Apatah lagi jika kita mengimbau pelaksanaan oleh mereka empat tahun yang lalu,” katanya.

Kamalanathan seterusnya percaya banyak lagi cerita lapuk dan cerita lama akan diungkit oleh pembangkang menjelangnya pilihan raya umum nanti.

“Apa pun kita harus bersedia untuk memberikan maklumat yang tepat kepada rakyat. Ini cukup penting untuk memastikan rakyat mendapat penerangan yang sejelasnya dan sekaligus tidak terkeliru dengan apa yang dimomokkan oleh pembangkang,” katanya.
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: