Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini menegaskan akidah umat Islam perlu dipelihara sebaik mungkin kerana ia adalah tembok utama dalam memastikan negara terus berada dalam keadaan baik dan aman.
Beliau berkata demikian dihadapan kira-kira 7 ribu hadirin dan acap kali menyebut mengenai kepincangan serta kecelaruan umat Islam dalam negara.
"Akidah yang kuat adalah tunjang kepada bangsa Melayu," tegasnya ketika majlis perasmian Perhimpunan dan Persidangan Agung Tahunan Perkasa bagi kali ke-3 di Dataran Astaka Tasik Titiwangsa diibunegara pagi tadi.
Tambahnya, umat Islam dewasa ini menghadapi pelbagai ancaman khususnya dari segi akidah. Malah, dakyah yang kelihatan aktif dan agresif ketika ini bukan daripada golongan Islam, tetapi penganut Kristian sehingga menyebabkan angka Islam murtad meningkat.
"Pada tahun 2008, saya pernah mengeluarkan kenyataan bahawa seramai 230 ribu orang Melayu telah di Kristiankan. Saya ada bukti dan ia bukan rekaan semata-mata.
Kenapa ini berlaku? Ia kerana kita telah perlekehkan agama sendiri," katanya.
Menurut Harussani lagi, amalan demokrasi adalah asas kepada kesejahteraan umat. Walaubagaimanapun, ia tidak boleh disalah ertikan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Kamu boleh mengamalkan agama kamu, dan itulah (maksud) demokrasi," katanya.
Mufti Perak itu juga menolak budaya cacian didalam masjid terutamanya ketika dalam bacaan Khutbah.
"Sebagai Islam, kita tidak boleh berpecah belah," ujarnya lagi.
Dalam majlis yang sama, Perkasa turut menganugerahkan 'Bintang Tertinggi Perkasa' kepada beliau iaitu bintang paling atas dalam perlembagaan pertubuhan tersebut berdasarkan ketokohan dalam bidang agama dan menjadi individu keempat menerima anugerah itu.
0 comments:
Post a Comment