Mohammad Zahid Md.Arip Bekas Ketua Pemuda KeAdilan.
Cerita lama terbongkar lagi didalam Perhimpunan PERKASA 2012 pada 15 Disember 2012 di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur lalu. Bilamana bekas Ketua Pemuda KeAdilan menyingkap kembali kisah sebenar mengapa dirinya keluar dan meninggalkan parti pembangkang tersebut.
Pada tahun 1998 ketika Anwar Ibrahim dibawah tahanan , Anwar Ibrahim telah mendesak Mohammad Zahid Md.Arip selaku Ketua pemuda Keadilan pada ketika itu untuk menarik balik kenyataanya terhadap Su Chiu sebuah Ngo dibawah DAP.
Didalam kes tersebut , Mohammad Zahid telah mengeluarkan kenyataannya yang mendesak agar NGO tersebut menarik balik surat desakan kepada Tun Mahathir yang pada ketika itu adalah Perdana Menteri Malaysia , agar menghapuskan Hak Keistimewaan Melayu didalam perlembagaan Malaysia.
Alangkah terperanjatnya Zahid , apabila salam yang diberikan kepada ANwar Ibrahim tidak dijawab sebaliknya salam tersebut dibalas dengan herdikan Anwar Ibrahim yang mendesak agar Mohammad Zahid Md.Arip menarik balik kenyataan tersebut demi menjaga hati penyokongnya dari parti pembangkang iaitu DAP.
Maka tidak hairanlah sekiranya Anwar Ibrahim digelar sebagai pengkhianat bangsa yang berselindung didalam perjuangan parti keAdilan Rakyat (PKR). Tidak hairan juga Anwar Ibrahim digelar sebagai seorang yang kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri jika partinya menang di dalam PRU-13 akan datang.
Ini lah perkara hangat yang sedang rakan-rakan blogger tanahair sibuk untuk memberitahu rakyat bahawa Anwar adalah dalang sebenar didalam perpecahan bangsa Melayu ketika ini. Sanggup mengorbankan hak bangsa sendiri yang seagama denganya demio mencapai apa yang dicitakan Anwar Ibrahim .
Kini semakin jelas apa yang diperjuangkan oleh Anwar Ibrahim bersama-sama rakan sekutunya PAS dan DAP. Anwar mempergunakan PAS sebagai kuda tunggangannya demi mendapatkan sokongan yang ramai daripada Ahli PAS yang mejoritinya adalah berbangsa Melayu.Manakala DAP pula adalah second parti yang mendahului PAS yang mana akan menggunakan pelbagai isu yang berbaur perkauman demi menghapuskan kuasa Melayu di Malaysia.
0 comments:
Post a Comment