.

HARUS BACA !!!!! PEMBANGKANG TEURS MEMANIPULASI FELDA !!!!!


 

Golongan peneroka dinasihatkan supaya tidak dipengaruhi dengan pelbagai spekulasi mengenai kedudukan saham mereka di Felda Global Ventures (FGV).

Timbalan Ketua Umno Bahagian Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias berkata, golongan peneroka seharusnya memahami situasi pelaburan.

“Kedudukan saham FGV ditentukan oleh keadaan pasaran dan harga komoditi terbabit dan bukannya disebabkan oleh siapa yang mengendalikannya.

“Saham FGV ini akan memberi pulangan yang baik dalam jangka masa panjang. Bukannya, melabur hari ini boleh ambil keuntungan keesokan harinya,”  katanya.

Menurutnya,  isu kejatuhan saham FGV tidak dimanipulasikan oleh mana-mana pihak sehingga menyebabkan ada peneroka mahu tarik diri gara-gara terpengaruh.

Jalaluddin berkata, golongan peneroka seharusnya menimbang sumbangan yang diberikan kerajaan dan Felda terhadap mereka sejak institusi itu ditubuhkan puluhan tahun dahulu.

Menurutnya, di samping cuba membantu peneroka, kerajaan juga memberi pelbagai insentif termasuk ‘durian runtuh’ berjumlah RM15,000 bagi setiap keluarga peneroka.

“Sumbangan seumpama ini belum pernah diberi mana-mana pihak kecuali kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Sama juga seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan kepada golongan berpendapatan di bawah RM3,000, ini juga tidak pernah diberi oleh pihak lain melainkan BN,” katanya.

Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: