.

HARUS BACA !!!!! SAKIT HATI BILA PR BACA !!!!


Komponen pakatan pembangkang terlalu rapuh hingga menjadikan Pakatan Rakyat lemah dan tidak berdaya memenangi hati rakyat sebagaimana Barisan Nasional (BN), kata Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Seri M Kayveas.
“Mereka (pembangkang) berjalan di atas titi yang rapuh. DAP adalah musuh ketat Pas pada satu masa dahulu kini sanggup tidur atas bantal yang sama.
“Walhal yang satu memperjuangkan negara sekular dan satu lagi mencanangkan negara Islam dan hukum hudud.
“Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi orang tengah bagi memastikan DAP dan Pas tidak bercerai talak tiga. Ikatan yang cukup lemah ini dijalin hanya semata-mata untuk merampas Putrajaya,” katanya.
Bernama melaporkan beliau berkata demikian ketika berucap di Perhimpunan Agung Tahunan PPP ke-59 yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)  semalam. 

Kayveas berkata, rakyat sudah bosan dan muak dengan politik yang menjurus kepada fitnah peribadi, sebaliknya rakyat sudah sedar akan kepincangan dan pendustaan pembangkang yang hanya suka menabur janji. Katanya, pembangkang sebenarnya tidak boleh menandingi kekuatan BN kerana mereka sangat lemah, tiada kesepakatan dan tidak ada toleransi.(SETERUSNYA ) 




Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: