.

PELUANG !!!! GENERASI Y DISARAN MENYERTAI INDUSTRI TANI !!!!!


Saranan ini buat bagi mengatasi masalah bekalan makanan yang semakin kekurangan dan bagi menampung keperluan tersebut , generasi Y disaran untuk menyertai industri tani tersebut. 

Makanan tidak cukup 

“Dunia kini berdepan ketidakcukupan makanan, justeru tanpa modal intelektual dalam sektor ini, pertanian negara kita tidak mungkin boleh dibangunkan apatah lagi hendak berdepan dengan cabaran dan persaingan. 

“Melihat statistik 2011, hanya 1.4 peratus saja kemasukan pelajar untuk sektor ini di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara, manakala graduan 2010 hanya 856 orang atau 0.37 peratus. Jumlah itu terlalu sedikit dan saya belum menyentuh mengenai tarikan kepada pelajar terbaik menyertai bidang ini,” katanya. 

Mengulas mengenai konvensyen itu, Hashim berkata, ia akan diadakan Ahad ini di MOA dengan membincangkan topik Pembangunan Dasar Jaminan Makanan Negara: Peranan Pelajar IPTA/IPTS dan Institut Latihan Pertanian. 
Katanya, konvensyen itu bukan saja menjadi landasan kepada kementerian itu untuk memberi penerangan kepada pelajar mengenai sektor pertanian, malah peserta boleh mengutarakan idea mereka kerana berkonsepkan komunikasi dua hala. 

Tarik minat 

“MOA mahu golongan pelapis dalam sektor ini terdiri daripada generasi belia yang mempunyai idea tersendiri dan inovatif, justeru diharap peserta juga pemimpin pelajar dapat menjadi ejen di IPT masing-masing untuk menarik minat rakan untuk menceburi perniagaan pertanian. 

“Tanggapan pengajian pertanian di IPT ialah program latihan melahirkan petani atau penternak semata-mata adalah tidak tepat kerana kini pengajian sektor ini menggabungkan elemen sains, teknologi, alam sekitar dan keusahawanan,” katanya. -BHarian

“Graduan pertanian kini boleh jadi penyelidik, pengurus dan ahli perniagaan bukan saja di ladang tetapi di institut penyelidikan, sektor awam, kilang mahupun syarikat sendiri,” katanya.


Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: