.

HARUS BACA !!!! PENIAGA DAN PENJAJA DIBERIPERHATIAN !!!!



Penjaja dan peniaga kecil yang menyediakan Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) akan diberi keutamaan untuk mendapatkan pinjaman skim mikro kredit sehingga RM50,000 yang ditawarkan bermula Januari.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata skim itu melibatkan peruntukan berjumlah RM50 juta.

“Skim pinjaman tanpa faedah itu akan dikendalikan Bank Kerjasama Rakyat (Bank Rakyat). Keutamaan diberi kepada mereka yang terbabit dalam MR1M sebagai satu insentif kepada mereka,” katanya selepas Sambutan Hari Inovasi dan Perhimpunan Bulanan kementerian, di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata pada masa ini, Bank Rakyat sedang mendapatkan kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk melaksanakan skim tersebut.

Kira-kira 1.5 juta peniaga dan penjaja kecil di negara ini dijangka mendapat manfaat melalui insentif yang ditawarkan itu.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata kementeriannya berjaya menepati sasaran untuk program MR1M, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) serta Projek Transformasi Kedai Runcit (Tukar).

“Kementerian pada tahun depan bercadang untuk menambah 1,000 lagi kedai MR1M, namun ia bergantung kepada persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sama ada perlu lebih atau sebaliknya,” katanya.

Sehingga kini terdapat 3,188 kedai yang menawarkan MR1M, 85 kedai KR1M dan 565 kedai Tukar.
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: