.

GEMPAR !!!! APA PR NAK KATA ISU SI KAFIR INI !!!!!!



Che Rokeman Musa, 39, menempuh saat paling mencabar kesabarannya apabila berulang kali didesak oleh mentuanya supaya menceraikan isterinya setelah dia meninggalkan Pas untuk menyertai UMNO pada 2008.

Bapa kepada tujuh orang anak itu yang menetap di Kampung Bukit Merah, Padang Pulut di sini, menceritakan jika tidak kerana salah seorang anak kecilnya yang manja sentiasa menyejukkan hatinya dia tidak tahu bagaimana keadaan keluarga kini.

"Isteri saya menangis setiap kali mendengar gesaan keluarganya. Dia dalam keadaan tersepit apatah lagi hubungan kami mesra biarpun saya tidak boleh berikan kemewahan kepadanya. Mentua melihat saya tidak lagi layak menjadi suami kepada anaknya kesan gejala mengkafirkan UMNO.

"Syukurlah keluarga kami bertahan dan kekal bersama anak-anak," ujar Che Rokeman yang bertugas sebagai operator jentera berat kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sumber : UTUSAN

Ini bukan lagi menjadi isu pertama yang mewarnai perjalanan politik pembangkang. Isu Kafir-mengkafir hanyalah isu yang dipandang biasa oleh PAS yang bersekutu dengan DAP dan PKR. 

Kerana ketaksuban mempercayai ajaran politik PAS , di Terengganu jadi lagi isu PENCERAIAN kerana perbedaan fahaman Politik. Itulah yang berlaku kepada diri En.Rokeman Musa bapa kepada 7 orang anak ini. 

Jika benar PAS adalah sebuah parti yang berlandaskan Al-Quran dan ISlam , mengapa tidak ada mana-mana pemimpin parti tersebut bersuara bagi menyelamatkan Masjid yang bakal runtuh kerana perbezaan politik sahaja. 

Adakah Rokeman Musa itu MURTAD ? dan hanya kerana ingin meninggalkan PAS , keluarga mentuanya mendesak dirinya untuk menceraikan isteri kesayanganya dan ketujuh-tujuh anaknya. INI TIDAK LOGIK dan TIDAK MASUK AKAL LANGSUNG. 

Sekarang rakyat Malaysia boleh membuat pilihan masing-masing untuk memilih PIMPINAN NEGARA dengan lebih teliti dan berhati-hati . 






Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: