Apakah tujuan sebenar Perhimpunan Rakyat Ini diadakan .?
Jika mengikut daripada keterangan HARAMDAILY ni , katanya perhimpunan kebangkitan rakyat untuk menentang kezaliman kerajaan pemerintah.
KEZALIMAN KERAJAAN .
1) Menyediakan lebih banyak rumah rakyat
2) Menyediakan pelbagai kemudahan rakyat
3) Menyalurkan pelbagai dana bagi membantu rakyat
4) Kemudahan pendidikan
5) Pelbagai inisiatif kepada golongan muda
Kalau nak disenaraikan , alamatnya berkajang la entry aku ni . Yang penting rakyat dan pembaca faham apa yang aku cuba sampaikan agar mampu untuk berfikir dengan waras dan sudi memilih kerajaan UMNO sebagai pemerintah.
Apa yang kita perlukan adalah keamanan , kemakmuran sejagat , bukan pertempuran dan perperangan.
Tiada apa-apa kepentingan pun perhimpunan yang bakal diadakan oleh PR ini. Jika dengan niat mereka sahaja sudah nampak busuknya. Mengajak rakyat turun ke jalanan dengan kononya "Kebangkita Rakyat". Walhal rakyat pun sudah bosan dengan isu-isu yang dibawa oleh PR.
Jika benar kerajaan kini bertindak zalim , seperti mana yang war-warkan oleh PR , mengapa tidak dengan sendirinya rakyat bangun untuk menentang kerajaan? Mengapa mesti sampai umpama "tukul dengan pahat ". Seluruh jentera PR diketuk barulah kerja-kerja mereka berjalan. Diberi janji manis baru lah semangat berkobar-kobar. Tetapi apa pula yang jadi selepas perhimpunan yang mereka adakan. Tengah-tengah kuala lumpur tidak ubah seperti pusat timbunan sampah , KOTOR . Berapa banyak pusat-pusat membeli belah terpaksa tutup dan terpaksa juga menangung kerugian yang tinggi.
Jika benar PAS adalah parti yang memperjuangkan islam selama ini , mengapa perkara-perkara tersebut tidak dikaji dahulu sebelum mengadakan perhimpunan ? Malah kerajaan pula yang terpaksa memikirkan bagaimana untuk menjaga keamanan dan keselamatan setiap premis , peniaga-peniaga makanan , orang ramai yang hadir untuk membeli belah dan pelbagai lagi. Itukah ajaran Islam yang sebenar.
Renung-renungkan .... lah wahai RAKYAT
0 comments:
Post a Comment