Aku yakin bahawa majoriti masyarakat Malaysia baru membuka mata mengenai DAP yang kononnya berimej “bersih”, “telus”, “berintegriti” dan paling kurang kontroversi berbanding rakan sekutu mereka, PKR dan PAS.
Malah ada di kalangan rakyat yang baru celik dan terkejut dengan isu pemilihan Jawatankuasa Kerja DAP Kebangsaan (CEC) yang menyaksikan kejijikan di dalam parti itu tidak dapat disembunyikan lagi.
Kali ini, ahli-ahli DAP sendiri yang begitu setia menyokong parti itu selama berpuluh-puluh tahun, bingkas bangun dari terus dibuli dan ditipu oleh “Dinasti Lim” dan kroni-kroni terpilih mereka sejak kontroversi pemilihan CEC baru-baru ini.
Di kaca televisyen, kita boleh menyaksikan bagaimana sebahagian besar ahli-ahli parti itu yang berang, marah, kecewa dan bengang dengan sikap “monopoli”, “pilih kasih” dan “pemilihan terancang” di dalam pemilihan DAP.
Sehingga kini, lidah rasmi online milik DAP, Roketkini, masih lagi belum menyiarkan sebarang berita mengenai ketidakpuasan hati ahli-ahli akar umbi parti itu yang bangun mendesak agar pemilihan CEC DAP diadakan semula.
Mungkin Roketkini sendiri mengamalkan sikap “pilih kasih” dan hanya akan menyiarkan tentang berita yang “baik-baik saja” mengenai DAP dan laporan-laporan “menghentam” kerajaan BN di portal mereka itu.
Saya melihat, rata-rata ahli DAP yang marah-marah dan berdemontrasi memprotes proses pengundian CEC tempohari adalah terdiri dari kalangan masyarakat India, khususnya di Pulau Pinang.
Dijangka protes berkenaan adalah disebabkan keputusan pemilihan CEC parti itu yang dilihat telah dikuasai secara “terancang” oleh “taiko-taiko” kaum Cina yang diketuai oleh “Dinasti Lim”.
Dikhabarkan bahawa protes berkenaan juga ada berhubung kait dengan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy, yang dikatakan bakal digugurkan sebagai calon parti itu pada PRU ke-13 yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Mereka risau dengan keadaan kaum India yang dilihat semakin terpinggir di dalam DAP apabila “Dinasti” eksklusif itu dikatakan lebih berminat untuk mencalonkan calon berbangsa Melayu bagi mewakili parti itu nanti.
Apatah lagi dengan perselisihan P. Ramasamy dengan Karpal Singh sebelum ini dikatakan akan menjadi alasan kukuh untuk tidak mencalonkan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu sebagai calon.
Seperkara yang DAP perlu belajar dari kontroversi ini, parti itu perlu tahu bahawa mereka tidak boleh menyembunyikan “bau bangkai” di dalam parti dan menipu golongan akar umbi mereka sebagaimana sebelum ini.
Di zaman ini, akar umbi tahu membezakan tentang kesilapan yang munasabah dan yang tidak munasabah.
Kalau kesilapan pengiraan undi itu membabitkan sebanyak 2 hingga 3 undi sahaja, mungkin benar ia satu kesilapan. Tapi kalau silap kira sehingga membabitkan ratusan undi, nampak sangat pembohongnya, kan?
Persoalannya, apakah DAP berani menyahut desakan akar umbinya itu? Setahu saya, “taiko-taiko” Cina DAP itu sememangnya jenis yang “arrogant” dan takkan layan kerenah mereka-mereka yang tidak punya kedudukan seperti mereka.
Lagipun, kroni-kroni “Dinasti Lim” menang besar dalam “pemilihan terancang” itu. Mereka penat-penat rancang undi, takkanlah mereka mahu batalkan pula keputusan tersebut, kan? Sia-sialah mereka bayar sana sini untuk kekalkan diri dan kroni dalam CEC, kan?
Sumber :mr.books90
0 comments:
Post a Comment