.

GEMPAR !!!! APABILA AGAMA SUDAH TIADA NILAI !!!!


Apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menegur Majlis Syura Ulama PAS sebagai berhelah politik atas keputusan yang dibuat mengenai penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam baru-baru ini, PAS menjawab badan itu dianggotai ulama yang bebas pengaruh politik. Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan bahawa Majlis Syura ialah badan pemandu parti dalam perkara yang memerlukan pandangan syariah. Katanya, Tun Abdullah tidak faham kedudukan Majlis Syura. 

Jawapan Tuan Ibrahim tidak benar. Hakikatnya, sebagai sebuah badan dalam parti politik, Majlis Syura membuat keputusan dipengaruhi kepentingan politik. Jika dilihat keanggotaannya pula, walaupun ada ulama dalam kalangan mereka semuanya berjawatan politik, sama ada dalam PAS mahupun kerajaan negeri yang mereka perintah. Tuan Ibrahim yang turut menganggotai badan ini ialah Pesuruhjaya PAS Pahang selain Ketua Penerangan PAS. 

Kontroversi kalimah Allah jelas menunjukkan Majlis Syura bermain politik. Apa tidaknya, ketika kali pertama keputusan PAS bersetuju membenarkan bukan Islam mengguna kalimah Allah pada 2010, Majlis Syura memilih untuk tidak mengambil sebarang pendirian. HarakahDaily 5 Januari 2010 melaporkan Tuan Ibrahim bersama pemimpin tertinggi PAS bermesyuarat tiga jam membincang keputusan mahkamah yang membenarkan gereja Kristian menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.


Apakah Majlis Syura pada masa itu tidak memahami signifikan keputusan mahkamah atau pentingnya isu asas ini kepada orang Islam? Apakah dengan berdiam bisu, ia mengharapkan perkara fundamental ini akan berlalu begitu saja? Tidakkah Majlis Syura berasa bertanggungjawab untuk menjernihkan kekeliruan kalangan muslimin? 

Lebih mengecewakan ialah hakikat bahawa keputusan yang dibuat Majlis Syura adalah lima tahun lebih lewat daripada Majlis Fatwa Kebangsaan yang sudah pun menetapkan perkara sama pada 2008 lagi. Kenapa begitu? Jawapannya mudah saja. Majlis Fatwa Kebangsaan dianggotai mufti dan ulama tidak berpolitik, manakala Majlis Syura dianggotai ulama berkepentingan politik. 

Tak faham kedudukan Majlis Syura 

Benarlah kalau bekas Perdana Menteri itu dikatakan tidak faham. Saya rasa jutaan orang lain, tidak ketinggalan orang PAS sendiri, yang tidak faham dengan kedudukan Majlis Syura. Dalam isu kalimah Allah yang asas ini pun, ia mengambil masa bertahun-tahun untuk Majlis Syura membuat ketetapan. Beberapa anggota Majlis Syura berjawatan politik Mursyidul Am, Presiden dan Timbalan Presiden pula sudah mendahului majlis apabila awal-awal lagi berpendirian bersetuju dengan rakan politik DAP dan PKR dalam isu kalimah Allah. Membaca teks disediakan kepadanya, Abdul Hadi merasionalkan penggunaan kalimah Allah untuk bukan Islam, sambil diperhatikan Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beberapa ayat al-Quran dibaca Abdul Hadi untuk menjustifikasikan pendiriannya. 
Atas tekanan pelbagai pihak, khususnya orang PAS sendiri dan tidak kurang daripada anggota Majlis Syura seperti Datuk Dr Haron Din dan Datuk Harun Taib, ketiga-tiga pemimpin PAS itu mengubah pendirian dua tiga minggu selepas itu. Nik Aziz mengata orang bukan Islam yang nak guna kalimah Allah adalah ‘mengarut’. 

Sikap klu-klek tak disenangi 

Sikap klu-klek anggota Majlis Syura tidak disenangi pemimpin DAP atau PKR. Mereka tidak menghormati Majlis Syura atau keputusannya. Karpal Singh mahu Majlis Syura menarik balik keputusannya manakala Anwar dan Azmin Ali dengan terang menolak pendirian Majlis Syura. Bagi mereka, keputusan Majlis Syura hanya relevan kepada ahli PAS saja. Bagi belasan juta orang Islam lain di negara ini, yang perlu diikuti ialah fatwa yang dikeluarkan mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan, bukan PAS atau majlis syuranya. 

Banyak lagi kes membuktikan Majlis Syura berkepentingan politik – menghalalkan demonstrasi haram BERSIH 3.0 dan penyertaan ahli PAS dalam Seksualiti Merdeka, tidak membuat pendirian jelas berhubung Amanat Hadi atau tafsiran dan kenyataan Nik Aziz yang mengelirukan. 

Berhubung tindakan menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dalam Majlis Syura, apa pula punca sebenarnya? Jika kehadiran Nasharuddin bersama Perdana Menteri di Makkah tahun lalu dan di Gaza minggu lalu hendak dijadikan asas, apakah ini boleh dikategorikan sebagai ‘melanggar peraturan berjemaah, tindak tanduk yang merugikan parti dan menimbulkan kekeruhan dalam kalangan ahli parti’? Atau ia berpunca daripada prejudis pemimpin PAS kerana pendirian Nasharuddin lebih mementingkan ummah dan akidah daripada politik semata-mata? 

Seperti juga nasib yang menimpa bekas Naib Presiden dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, episod Nasharuddin ini amat memalukan kerana Majlis Syura gagal mempertahan kebenaran anggotanya sendiri. 

Dalam kes lain, Mursyidul Am pernah beri kata dua kepada Anwar untuk menarik balik kenyataannya menyokong keselamatan Israel disiar Wall Street Journal (WSJ) atau menyaman akhbar pro-Yahudi itu. Andai Anwar tidak berbuat demikian, PAS akan kaji semula hubungannya dengan PKR. Anwar tahu itu amaran kosong dan tidak tarik balik kenyataan atau menyaman WSJ. Kesudahannya? PAS tidak buat apa, Majlis Syura pun senyap sunyi.

sumber: norinaiidris

Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: