.

GEMPAR !!! KHALID GAGAL LAGI: BODOH PUNYA PROPAGANDA!!!



DUN Selangor tamat mandat (perlu dibubar) dan Parlimen tamat mandat (perlu dibubar) tidak jauh bezanya hanya 2 bulan sahaja perbezaan tempoh itu. SPR pula diberi kuasa menentukan tarikh PRU13 selama 60 hari bermula dari tarikh pembubaran Parlimen. 

Jadinya, apa kebendanya pencacai pembangkang anggap cakap-cakap Khalid Ibrahim tentang pembubaran DUN Selangor (itu pun nak kena berbincang dulu dengan kawan-kawan dalam Pakatan Haram) selepas Chap Goh Mei konon-konon ada kena-mengena dengan PM takut nak bubarkan parlimen supaya PRU13 dapat diadakan. 

Tahun lepas pada bulan Jun Khalid Ibrahim beri alasan kata kerajaan negeri Pakatan Haram Selangor belum bersedia nak bubar DUN sebab nak laksana janji-janji dalam manifesto (PRU12), fasal nak beri tumpuan kepada bajet kerajaan negeri yang belum diumumkan dan tentang kemungkinan kerajaan negeri akan membuat pilihan raya berasingan untuk DUN sahaja. Alasan-alasan diberikan itu tidak munasabah jelas menunjukkan Khalid Ibrahim dan Pakatan Haram yang sebenarnya takut dengan PRU13. 

Selepas itu Khalid Ibrahim kata manifesto  Pakatan Haram (PRU12) bukan janji. Selepas itu pula timbul polemik dan propaganda murahan konon-kononnya PM nak adakan PRU pada bulan atau musim haji sehingga pemimpin PAS, Tuan Ibrahim mengarahkan orang-orang PAS yang akan pergi mengerjakan haji agar membatalkan pemergian mereka. 

DS Najib terus menunggu kalau-kalau Khalid Ibrahim nak bubar DUN Selangor pada bulan disember. DS Najib tunggu Khalid Ibrahim umum nak bubar DUN Selangor sebab DS Najib akan turut sama bubar Parlimen supaya PRU13 dapat diadakan serentak. DS Najib tidak mahu pilihan raya berasingan untuk DUN Selangor diadakan sebab tidak mahu SPR terpaksa membazir perbelanjaan. 

Disember pun berlalu masuk tahun baru 2013. Alang-kepalang tarikh mandat DUN Selangor tamat tidak jauh bezanya dengan tarikh mandat Parlimen tamat, maka tiada pilihan lain PRU13 sudah semestinya akan diadakan pada bulan mac ini.

Sumber : mymedialab
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: