.

HARUS BACA !!!! PERGOLAKAN DALAMAN MERUNCING DAN TERKENCING !!!!


Kini di dalam PAS sudah semakin jelas memperlihatkan bahawa terdapat beberapa golongan dan kumpulan yang akan membawa PAS terus tunduk dan akur kepada arahan sang maha syaitan. Dan ianya juga mampu melenyapkan Pas dari arena politik sekular yang dibawa oleh Anwar Ibrahim.

Pendapat menyatakan bahawa selagi Nik Aziz Nik Mat masih berada didalam Pas,tidak akan ada sebarang perubahan didalam perjuangan Pas yang selama hari ini jelas membuktikan mengikut telunjuk rakan Tahaluf Siyasinya iaitu DAP dan PKR.

Mengapa terjadi begitu? Sedangkan,Pas dilihat begitu kuat dan bersikap tegas didalam isu Kalimah Allah yang sedang hangat dipersoalkan oleh para bloggers dan facebookers tanahair.

Baik,di dalam Pas kini telah mula terpecah kepada 3 kumpulan yang berlainan pendapat dan pemimpinnya. Ini termasuklah dengan kumpulan pro Anwar (Anwarinas), kumpulan pro islam dan kumpulan pemimpin Pas.

Kumpulan pertama adalah kumpulan Pemimpin Pas , iaitu Nik Aziz Nik Mat yang bergandingan dengan Hj.Hadi Awang. Mereka adalah golongan pimpinan tertinggi Pas yang kini dilihat seperti sudah tidak konsisten lagi di dalam menetapkan hala tuju parti tersebut disebabkan terikut-ikut dengan rentak Dap dan PKR semata-mata untuk mengejar kuasa dan pengaruh.

Manakala kumpulan kedua pula adalah dari Kumpulan yang dilihat seperti Pro kepada Anwar ibrahim yang digelar sebagai Anwarinas. Dalam isu kalimah Allah ini pemimpin-pemimpin tajaan Anwar itu dilihat memilih sikap membisu termasuklah Timbalan Presiden Pas sendiri, Mohamad Sabu dan Naib-naib Presiden seperti Datuk Mahfuz Omar, Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub. Cuma Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilihat senada dengan pendirian Harun Taib dan Haron Din.

Kumpulan ketiga di dalam Pas kini adalah kumpulan Pro-Islam yang didokongi oleh pemimpin-pemimpin Dewan Ulama. Walaupun kumpulan ini semakin mengecil pengaruhnya dalam Pas, mereka tidak berganjak dan berani menonjolkan pendirian dengan konsisten bagi mempertahankan isu kalimah Allah yang menjadi punca memperlihatkan perpecahan sebenar didalam Pas.

Jika dilihat, secara lebih  mendalam, Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin ada sebab untuk berdiam diri setelah menyedari kesilapan mereka membelakangnkan Majlis Syura sebelum ini. Tetapi bagaimana dengan pemimpin-pemimpin tertinggi lain dalam parti itu yang sepatutnya tampil dan berani untuk menyokong pendirian Dewan Ulama dan Majlis Syura jika mereka berasakan perjuangan dan pendirian Pas perlu dipertahankan walau dengan apa cara sekalipun.

 Dalam pada masa yang sama juga, Harakah juga cuba menyembunyikan isu perpecahan dalaman Pas yang semakin hari semakin panas dan hangat didalam tampuk pemerintahan Pas. Memandangkan kenyataan-kenyataan Harun Taib dan Haron Din lebih banyak disiarkan di akhbar arus perdana sedangkan umum mengetahui pengikut dan penyokong Pas sudah lama mengkuburkan akhbar-akhbar yang dianggap menjadi agen dan propaganda kerajaan itu, persoalan yang ingin dibangkitkan di sini adalah sejauh mana penyokong Pas mengetahui akan isu tersebut.

Apakah akhbar harakah juga turut menerima arahan agar tidak menyiarkan kenyataan-kenyataan itu semata-mata untuk menjaga kepentingan parti tanpa mengambil kira kesannya terhadap dasar dan perjuangan Pas selama ini dan perlunya perkara itu disebarkan ke peringkat akar umbi?

Jelas menunjukan kini,bahawa Pas sudah didominasi oleh golongan parasite yang datangnya daripada kumpulan Pro-Anwar (Anwarinas). Penilai yang halus perlu dibuat oleh golongan akar umbi yang menyokong perjuangan Pas selama hari ini,serta sekiranya Hadi Awang tidak mampu untuk mengenegahkan pendirian Pas yang sebenar kepada dua rakan sekutunya iaitu DAP dan PKR, maka hendaklah Harakah juga perlu ada pendirian mereka tersediri untuk tidak dilihat seperti turut didominasikan oleh DAP dan PKR.





   






Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: