.

HARUS BACA!!!! RAKYAT BENGANG SAKIT HATI!!


Datum Jelatek merupakan projek Mega Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang telah dirancang sejak tahun 2010.Pembangunan itu akan melibatkan kawasan tapak flat kos rendah seluas 2.4 hektar milik PKNS.

Dalam satu sidang akhbar yang diadakan pada 9 Februari 2010 , Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Pengerusi PKNS pada ketika itu berkata pembangunan itu akan tetap menempatkan semula penghuni asal flat di samping para pembeli baru untuk mendiami apartment mewah.

Dalam sidang akhbar itu juga, Khalid berkata 90% daripada 650 penghuni di empat blok flat yang akan dirobohkan bersetuju untuk projek itu dilaksanakan. Pada 4 Oktober 2012, Datum Jelatek telah dilancarkan di Marina Bay Sands, Singapura dan dibuka untuk pembelian.

Pada 16 Februari 2013 telah diadakan bantahan penduduk Jelatek di Jalan Enggang 1 dan bantahan susulan telah diadakan pada 23 Februari 2013 di hadapan stesen LRT Jelatek.

Penduduk mendakwa beberapa persoalan timbul sekiranya dilihat semula kronologi pembinaan projek Datum Jelatek terutamanya janji Menteri Besar dalam memberikan unit kediaman kepada penduduk flat dan kemampuan rakyat tempatan untuk membeli unit-unit kediaman di kawasan tersebut.

Mereka mendakwa Projek Datum Jelatek. dilihat tidak memberikan keuntungan kepada rakyat tempatan, dan untuk tempoh beberapa tahun akan datang bakal menjadi kawasan penempatan elit yang bakal di dominasi oleh warga-warga asing. PKNS dilihat lebih cenderung menjadi elemen perniagaan dalam kerajaan Negeri Selangor, sama seperti PDC di Pulau Pinang di sebalik matlamat asal penubuhannya iaitu menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat miskin.

Pelancaran Projek Datum Jelatek yang dibuat di Singapura dilihat seperti usaha untuk menarik pembeli-pembeli dari negara jiran itu. Memandangkan jumlah harga yang terlalu tinggi ini, pembelian unit-unit Datum Jelatek dijangka tidak mendapat sambutan daripada rakyat tempatan tetapi pembeli daripada Singapura. 



Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: