.

HARUS BACA !!!! SELEPAS GAGAL TAWAN PUTRAJAYA!!!!


Ancaman  untuk membakar loji nadir bumi kontroversi Lynas Corps telah dibuat oleh kumpulan aktivis alam sekitar Himpunan Hijau. Ia akan dibuat sekiranya kerajaan baru yang dipilih selepas pilihan raya umum yang ke 13 ini gagal menutup loji berkenaan.

Portal The Malaysian Insider  hari ini  menyiarkan kenyataan pengerusi Himpunan Hijau yang anti Lynas , Wong Tack  mengancam akan membakar loji pemprosesan tersebut dengan rasa “marah dan kecewa” jika kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) masih kekal berkuasa.

Namun jika Pakatan pembangkang berjaya menawan  Putrajaya  mereka akan turut menuntut janji untuk menutup Lynas dan akan memberontak serta membakar jika janji tidak ditunaikan.

Malah gerakan himpunan hijau turut mendesak agar perlombongan Emas Bukit Koman yang didakwa mengguna sianida turut ditutup.

Ancaman radikal seperti membakar loji Lynas  yang dikeluarkan oleh gerakan himpunan hijau ini dilihat amat keterlaluan. Mereka sebenarnya tahu bahawa ancaman  membakar mungkin jenayah dan menyalahi undang-undang, namun atas mencari populariti mereka membuat demikian.

Tindakan gerakan himpunan  hijau yang mendesak keterlaluan jelas menggambar sikap sebenar mereka yang begitu taksub  perjuangan mereka tanpa menghiraukan batasan undang-undang.

Bayangkan sesebuah negara tanpa undang-undang dan peraturan pasti akan porak peranda dan tiada kemajuan akan berlaku.

Malaysia tidak perlu golongan yang radikal seperti ini berada dalam negara. Pihak berkuasa perlu tegas menangani isu ancaman ini dari terus dikeluarkan sewenang-wenangnya.

Budaya yang dipelopori oleh barat ini bukan tidak  menguntungkan negara malah boleh menghancurkan kestabilan ekonomi negara.

Oleh yang demikian rakyat perlu sedar bahawa himpunan hijau ini tidak menggambarkan budaya nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.

Jelas sebenarnya mereka telah diracuni oleh budaya kuning yang  dibawa oleh pakatan pembangkang dan ia amat merbahaya kepada kemakmuran  negara Malaysia. GOBLOK
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: