.

BREAKING NEW!!!! KERETA KEBAL BERANTAI SIAP UNTUK MENGGEMPUR !!!!!



Ops Daulat sudah memasuki hari ke-13 hari ini dan dikejutkan dengan pengisyhtiharan Jamalul Kiram untuk melancarkan perang gerila keatas pasukan keselamatan habis-habisan.

Sebenarnya pasukan keselamatan sudah bersedia menghadapi kemungkinan menghadapi peperangan yang lebih besar ekoran musuh iaitu pengganas Sulu mendapat suntikan dana dari Individu tertentu yang mahukan Malaysia kucar-kacir menjelang pilihanraya ke-13.

Sehubungan dengan itu beberapa kereta kebal jenis berantai (MBT) PT-91M telah tiba di Lahat Datu bagi menghadapi kemungkinan tersebut.Kereta kebal ini mempunyai kuasa tembak daripada meriam Smoothbore 2A46MS berkaliber 125 milimeter buatan Slovakia dengan peningkatan ketepatan tembakan sehingga 23 peratus berbanding meriam asal.

Ia mampu memusnahkan semua jenis kereta kebal yang ada di dunia pada hari ini sehingga jarak lima kilometer.Kegagahan PT-91M bukan hanya terletak pada meriam utamanya tetapi turut disokong dengan sistem navigasi SIGMA 30 dan blok armor reaktif ERAWA-2 pada bahagian hadapan, bumbung dan sisi hadapan.

Ia bertujuan mengurangkan impak hentaman daripada sistem peluru berpandu anti-armor dan juga perobek armor.KERETA kebal tiba di Lahad Datu hari ini sebelum dibawa ke FELDA Sahabat dengan diiringi trak tentera dan polis untuk membantu Ops Daulat.

Difahamkan pasukan keselamatan telah mengaturgerak bagi menghadapi kemungkinan kemasukan pengganas-pengganas Sulu ke Sabah dengan meletakkan perairan Sabah dalam keadaan berjaga-jaga.

sumber :Assu FB

Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment