.

BREAKING NEWS !!!! SULTAN JAMALUL KIRAM III SERANG !!!!!



Jamalul Kiram III mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya tidak berganjak dari Sabah dan melancarkan serangan gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia.
Menurut laporan media, Jamalul Kiram berkata berundur dari Sabah bukanlah satu pilihan untuk tentera-tenteranya.
"Mereka sudah di tanah air mereka jadi mengapa kembali?" katanya kepada para pemberita di kediamannya di Taguig, menurut laporan 'The Philippine Star'.
Sementara itu, jurucakap Sultan Sulu, Abraham Idjirani yang menyifatkan tindakan memasuki Sabah sebagai satu 'perjuangan' berkata tenteranya akan meneruskan 'perjuangan' mereka.
Katanya, kesultanan Sulu telah menarik balik perintah gencatan senjata yang dikeluarkan dan tentera-tentera Diraja telah diarahkan melancarkan operasi secara "serang dan lari" terhadap pasukan keselamatan Malaysia.
Menurut laporan, adik lelaki kepada Jamalul, Azzimudie Kiram dan pengikut-pengikutnya masih berada di Sabah dan ini bertentangan dengan laporan dari Malaysia yang mendakwa mereka telah melarikan diri.
Idjirani juga mendakwa Azzimudie dan kumpulan pengikutnya masih kuat berdasarkan perbualan telefon dengannya pada malam Sabtu.
Katanya, tentera Sulu yang pada masa ini berjumlah 170 orang telah berpecah kepada tiga kumpulan bagi mengelak daripada pesawat pengintip yang berlegar di sekitar Lahad Datu mengesan mereka.

PS : Lihat lah bertapa angkuhnya Jamalul Kiram III dengan mengarahkan seluruh keuatan anggotanya yang masih hdp di Sabah tidah berganjak dari Sabah dan terus melancarkan serangan gerila terhadap Pasukan keselamatan Negara. 
Apabila ini berlaku untuk kali kedua adakah membawa maksud bahawa mereka sudah puas berehat dan berlari. Apakah yang sedang diburu kini adalah barisan askar CAP AYAM yang sememangnya tugas mereka untuk meletihkan pasukan keselamatan Malaysia. 
Pelbagai kemungkinan akan terjadi bermula pada malam ini. Berapa ramai pulak yang bakal gugur didalam searangan malam ini. Apa yang mampu kita lakukan sekarang adalah hanya berdoa dan beserah kepada Allah agar pasukan keselamatan Negara berada didalam rahmatNya.
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: