.

BREAKING NEWS !!!!! FILIPINA JANJI BANTU NEGARA: TAHAN PEMCEROBOH !!!!




Penahanan 35 pengganas Sulu termasuk seorang yang cuba melarikan diri dari Sabah oleh tentera laut Filipina berhampiran Pulau Tawi-Tawi membuktikan hubungan baik antara kerajaan Malaysia dan Filipina dalam usaha menyelesaikan krisis pencerobohan oleh rakyat Negara itu di Sabah.

Menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi, penahanan ke semua penceroboh tersebut dimaklumkan oleh rakan sejawatnya dari Filipina dank e semua pengganas tersebut akan dihadapkan di mahkamah di negara itu. Bagaimanapun menurut beliau, kerajaan Malaysia akan berusaha untuk mendapatkan perintah bagi memungkinkan pengganas terbabit di dakwa di negara ini.
 
Ketua Pemerintah Tentera di Mindanao Barat, Lt Jen Rey Ardo dipetik sebagai berkata mereka yang ditangkap itu dipercayai saki-baki pengganas Sulu yang memasuki Lahad Datu dan ketika ditahan ke semua suspek yang merupakan pengikut Sultan Jamalul Kiram 111 sedang menuju ke sebuah pulau di selatan Negara itu.
 
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata walaupun Malaysia dan Filipina tidak mempunyai perjanjian ekstradisi untuk membolehkan Jamalul Kiram dibicarakan di negara ini, ada peruntukan undang-undang yang boleh diteliti untuk membenarkan perkara tersebut dilakukan.

 "Secara konvensional Malaysia pernah serahkan (pemimpin) Moro National Liberation Front (MNLF)) Nur Misuari (yang berada di Sabah) ketika dia jadi pemberontak kepada Manila. Kita harap beberapa perkara kajian perundangan dilakukan supaya Jamalul Kiram dibawa ke Malaysia.

"Bezanya Nur Misuari adalah rakyat Filipina dan dibawa ke Filipina manakala Jamalul Kiram adalah rakyat Filipina, berada di Filipina dan tertakluk kepada undang-undang Filipina," katanya.
 
Dalam pada itu, Ahmad Zahid membangkitkan persoalan mengenai kemampuan Jamalul Kiram membiayai pasukan pengganasnya sedangkan dia sendiri yang perlu menjalani rawatan dialisis, terpaksa bergantung kepada bantuan kewangan daripada kerajaan Filipina untuk kelangsungan hidup.
 
"Ertinya dia tidak berkemampuan, dia bukan raja berdaulat. Bagaimana senjata baru boleh dibeli dan bagaimana pembiayaan dibuat terhadap penceroboh. Kekhuatiran kita ada dalang-dalang yang menjadi pihak ketiga sama ada dari Malaysia atau Filipina yang mendukung pencerobohan militan untuk raih sokongan politik
 
"Jika bukti ini diperolehi, yang bukan sekadar dipetik dari agensi berita antarabangsa, kita takkan berkompromi kepada penderhaka yang menyebabkan pahlawan-pahlawan kita dari tentera dan polis kehilangan nyawa
 
"Kita mahu rakyat hukum penderhaka. Dalam soal pencerobohan tak harus beri kompromi walaupun sedikit. Rakyat tak sanggup dan tak reda gadai kedaulatan Malaysia," katanya.



Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: