Pasukan keselamatan telah melancarkan tindakan 'offensive' terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada jam 7.00 pagi tadi. Operasi ini dilaksanakan oleh PDRM bersama pihak ATM.
Sejak operasi ini dimulakan sehingga kini, masih terdapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh. Ketika ini 'mopping up' dan penggeledahan sedang dijalankan. Bagaimanapun, jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh masih belum dapat disahkan dan setakat ini tidak ada kemalangan di pihak pasukan keselamatan.
Oleh itu semua pihak dinasihatkan agar tidak membuat andaian atau spekulasi tentang sebarang kehilangan nyawa memandangkan operasi ini masih lagi berjalan. Berita-berita yang tidak tepat boleh menjejaskan operasi ini.
Orang ramai tidak perlu bimbang kerana operasi ini hanya dilancarkan di Kampung Tanduo sahaja. Oleh itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak masuk ke kawasan operasi dan seterusnya menerima arahan dan mematuhi nasihat pihak polis yang bertugas di sekatan jalanraya yang menghala ke Kampung Tanduo.
1. Serangan masih berlangsung sehingga kini
2. Lokasi serangan dalam lingkungan kawasan 4km
3. Pasukan keselamatan berjaya masuk ke kampung dan melakukan proses penggeledahan
4. Tiada kematian di pihak pasukan keselamatan setakat ini
5. PAT sahkan tentera guna pelbagai senjata termasuk bom
6. Pihak pengganas memberi tentangan dengan menyerang balas
7. KPN nafi laporan media Filipina yang mendakwa ada kawasan yang menempatkan pasukan keselamatan negara terkena bom sendiri.
Dibawah pula sumber dari TV3:
Selepas serangan udara di Kampung Tanduo dan Lahad Datu. Aktiviti orang ramai masih biasa, lalu lintas lengang, kedai masih ditutup. 11 sekolah di Lahad Datu masih ditutup sehingga keadaan pulih seperti biasa.Reaksi orang awam, masih meneruskan aktiviti harian dengan tenang. Ramai orang masih berbaris panjang mengambil bantuan 1Malaysia BR1M.
Hospital kini menjadi tumpuan para media untuk mendapatkan berita terkini kemungkinan ada kecederaan yang berlaku di pihak ATM/PDRM.
0 comments:
Post a Comment