.

BREAKINGNEWS !!!! SEMANGAT TERPUJI ANGGOTA TENTERA !!!!


 Moral serta semangat pasukan keselamatan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia tetap tinggi untuk mempertahankan keselamatan negara terutamanya buat penduduk di Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata PDRM akan membuat penambahan anggotanya di beberapa balai polis yang terletak di pesisiran pantai timur di negeri tersebut.

"Apabila saya tanya tentang semangat mereka (anggota keselamatan), mereka menunjukkan komitmen yang tinggi untuk meneruskan operasi mengesan dan menjejaki musuh di sini.

"Kita akan buat penambahan anggota daripada jabatan lain untuk sementara waktu sehingga penambahan kekal dapat dilaksanakan. Ini penting bagi memberikan keyakinan kepada masyarakat bahawa mereka adalah selamat," katanya ketika
ditemu bual menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) TV3, yang disiar secara langsung pagi ini.

Sehingga kini, 10 anggota keselamatan gugur dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu manakala 56 musuh ditembak mati.

Hamza berkata pasukan keselamatan akan memberi tumpuan di kawasan Sungai Bilis serta kerja pembersihan dan mengeluarkan mayat di Kampung Tanjung Batu, Sungai Nyamuk dan Kampung Tanduo diteruskan pagi ini.

"Saya menasihatkan orang ramai supaya tidak memasuki kawasan operasi serta kita juga minta bantuan orang ramai dalam menyalurkan maklumat dan menghargai kerjasama yang diberikan oleh penduduk setempat kepada pasukan keselamatan," katanya.

Mengulas lanjut tentang keadaan di Lahad Datu dan Semporna beliau berkata keselamatan di kawasan tersebut kembali normal dan aktiviti harian berjalan seperti biasa. keadaan baik dan selamat. - BERNAMA


Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment