.

BREAKINGNEWS!!!!! SIDANG MEDIA SEMASA OP DAULAT !!




SIDANG MEDIA SEMASA (9 MAC 2013: 12 PM)

Operasi Dulat masih lagi diteruskan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu. Pada jam 8 pagi tadi, semasa operasi dijalankan, seorang penceroboh telah cuba menyelinap keluar dari Kampung Tanjung Batu dan berlaku kejadian tembak menembak. Pasukan keselamatan telah berjaya menumpaskan peceroboh tersebut.

Di samping itu, usaha juga telah dijalankan di luar kawasan operasi dengan maklumat-maklumat yang diperoleh hasil daripada tangkapan penceroboh sebelum ini. Pihak polis juga meneruskan usaha-usaha mengesan suspek-suspek yang masih bebas. Sehingga kini seramai 79 suspek telah ditangkap dan mereka berada dalam tahanan pihak polis untuk siasatan.


Malah di bandar Lahad Datu dan bandar Semporna, yang terletak 150 kilometer dari sini, adalah terkawal dan tenang dengan aktiviti masyarakat serta premis perniagaan berjalan seperti biasa.

Namun bagi penduduk Felda, Norashikin Sarbani, 33, berkata mendengar bunyi letupan itu membuatkan hatinya berdebar tetapi yakin ia bunyi letupan daripada pasukan keselamatan.

SUMBER : EHSAN PDRM 
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: