.

EKSKLUSIF!!!!! MALAYSIA KONFLIK:PERLU MENCARI JALAN KELUAR !!!!!


MALAYSIA MENCARI JALAN KELUAR

Malaysia memerlukan jalan keluar dari terlibat secara berterusan dengan mengambil langkah alternatif demi keselamatan wilayah dan POLITIK dalamannya. Ataupun berterusan mendokong MILF-Filipina sehingga mengorbankan kepentingannya sendiri yang selama ini diusahakan "terus tersorok" (kes Kesultanan Sulu). Malaysia mempunyai 3 agenda untuk bantu pelan damai Mindanao dengan Filipina, 

Pertama kerana hendak selamatkan karier politik Kerajaan yang semakin terancam oleh parti oposisi terutama dalam kes RCI (Suruhanjaya Diraja Menyiasat IC PROJEK/PALSU) di Sabah (penganalisis politik tahu hal ini) terpaksa dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia atas desakan pengundi Sabah dan parti-parti oposisi. Sebarang kegagalan bertindak dari pihak Kerajaan menangani pendatang asing, maka mereka akan kehilangan undi pada PRU-13 nanti.

Kedua kerana RCI itu perlukan dokongan dari selatan Filipina, yakni tanpa keamanan di sana, RCI tidak dapat dilaksanakan secara efektif untuk menghalau Muslimin Sulu-Mindanao (PTI) kembali ke tempat asal mereka. Dalam masa yang sama Muslimin Sulu-Mindanao turut tidak berasa kecil hati sekiranya dihalau kerana Malaysia telah membantu amankan Selatan buat mereka. Yakni, sudah mudah mencari makan di Sulu-Mindanao kerana Malaysia telah janjikan dana besar buat FILIPINA UNTUK MEMBANGUNKAN SELATAN.

Ketiga kerana tanggungjawab Malaysia terhadap kemakmuran jirannya yang bukan sahaja jiran itu berhak dibantu malah penduduknya adalah saudara seIslam,disamping itu juga dapat mailej antarabangsa terhadap bantuan damai tersebut.

Maka bagaimana Malaysia boleh dapatkan jalan keluar ini? Menuding jari kepada DS Najib Tun Razak rasanya tidaklah adil, menuding jari kepada pihak Keselamatan dan Kementerian Luar Malaysia juga bukanlah caranya. Sekali pun dalam perkiraan mereka sebagai penasihat kepada dasar luar Malaysia berkenaan Keselamatan Negara itu, bahawa menjadi broker memeterai PERJANJIAN DAMAI FILIPINA dengan PEMISAH boleh membantu melonjak sokongan politik dalaman negara itu nampak terburu-buru, namun kesilapan ini bukan bertenggek di atas bahu mereka semata-mata. Kesilapan ini sejak awal lagi tapi samada pihak Keselamatan Malaysia tahu atau pura-pura tidak tahu sahaja.

Ada beberapa kesilapan Kerajaan Malaysia terutama yang menyentuh dasar mereka terhadap apa yang mereka sebut sebagai PTI dari Sulu-Mindanao sejak perang Moro meletus pada tahun 1972 sehingga era 90-an selepas perjanjian damai MNLF-GPH 1996. 

  • Sejak dari awal Malaysia tidak menubuhkan ahlijawatan kuasa protokol yang menjaga hal ehwal para Datu dan Syarif Kesultanan Sulu di Sabah untuk pertahankan dirinya. Sepatutnya Kerajaan memperkasakan legasi Tun Datu Mustapha sebagai satu-satunya legasi yang boleh membantunya di masa-masa akan datang. Dengan mengiktiraf legasi Kesultanan Sulu di Sabah, Malaysia akan berjaya membentuk satu BENTENG yang mana Filipina pun tidak terfikir melakukannya (perlu difahami Filipina itu akan senantiasa menuntut Sabah dengan menggunakan HAK KESULTANAN SULU, tapi silap Filipina dia sendiri tidak memelihara legasi Kesultanan Sulu untuk beliau boleh gunakan menuntut Sabah). TYT harus dipilih dari kalangan para Datu dan Syarif Suluk yang tersusun dalam Rumah Bichara mereka sendiri yang dipantau oleh jawatankuasa pusat. Membuat IC Khas buat kaum SULUK dibawah nama TYT dan pengesahan dari DYMM SULTAN AGUNG Malaysia dan Majlis Raja-Raja. Kalau cara ini terhalang oleh 20 Perkara (perjanjian Sabah sertai Persekutuan Malaysia), jalan terbaik ialah mengiktiraf salah satu dari mana-mana gerakan Kesultanan Sulu yang lebih dominan dan diterima rakyat serta tidak terikat oleh Filipina atau Malaysia mahupun Indonesia sebagai batu asas PERTAHANAN.
  • Menubuhkan jawatankuasa pusat memperkasakan persatuan-persatuan etnik terutama etnik Suluk yang sejak sekian lama mendominasi bandar-bandar dan pekan di seluruh Sabah kerana budaya mereka ialah PEDAGANG BARTER satu budaya purba yang masih mereka warisi dan amalkan. Untuk memperkasakan persatuan etnik ini jangan menggunakan platform politik kepartian kerana ia akan binasa.
  • Sekiranya hal ini tidak dapat dilakukan oleh Kerajaan Malaysia, malah beterusan menggunakan isu IC Projek/Palsu dengan hanya melayan kerenah politik parti-parti perkauman maka sudah tentu pihak disebalah sana akan semakin berusaha memantap dan menyusun strategi untuk menghadapi pelbagai kemungkinan terhadap tuntutan wilayah dan sebagainya. Kemelut ekonomi yang semakin menjerut dan semakin sampai ke tahap "Memerlukan Perang Besar untuk reset ekonomi Dunia", maka hal Kesultanan Sulu ini sangat berpotensi digunakan sebagai MODAL KEDAULATAN untuk cetusan perang di rantau ini.



Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: