.

GEMPAR!!!! GAMBAR NGERI INSIDEN SERANGAN LAHAD DATU !!!


Gambar lamaMengenai gambar lelaki dipenggal kepala tersiar dalam laman web kononnya dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan bersenjata itu, Abdul Aziz berkata ia adalah gambar lama yang dipercayai berlaku di negara jiran beberapa tahun lalu.

“Gambar itu ditulis dengan perkataan ‘Lahad Datu’ di bawahnya untuk menggambarkan peristiwa itu berlaku di Lahad Datu dan ini menampakkan niat jahat pihak tertentu terhadap kerajaan.Apa yang mereka buat ialah dia ambil gambar polis buat kerja di Lahad Datu, kemudian dia masukkan gambar yang kena penggal, untuk saya, ini tindakah jahat, untuk lihat negara kucar kacir, tindakan budak nakal.

“Sekarang ini ramai yang buat tindakan tanpa memikirkan implikasi bakal timbul, hanya untuk seronok, mereka ini adalah golongan yang tidak sayangkan negara,” katanya.

 Malaysia perlu mematuhi undang-undang antarabangsa terutama Konvensyen Geneva 1949 berhubung insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah.Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Datuk Abdul Aziz Ibrahim (gambar) berkata Malaysia tidak boleh mencabuli undang-undang antarabangsa dengan mengambil tindakan sewenang-wenangnya terhadap soal pencerobohan. 

Beliau berkata, Malaysia tertakluk kepada perjanjian antarabangsa itu yang menetapkan tindakan terhadap pencerobohan perlu mengikut undang-undang. 

“Kita tidak boleh terus bertindak tanpa mengetahui sebab sebenar kedatangan mereka (kumpulan bersenjata) dan tindakan kita mesti mengikut protokal ditetapkan,” katanya ketika mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan gagal menangani isu pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, lebih awal sehingga menyebabkan pertumpahan darah.

Terdahulu, beliau merasmikan program persijilan asas kejuruteraan penerbangan untuk lesen Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCAM), bagi anggota tentera yang bakal bersara di sini.

Setakat ini, lapan anggota pasukan keselamatan terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa tentera Kesultanan Sulu dari Filipina, di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna pada 1 dan 2 Mac.




Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

Neutral said...

itu gambar tragedi dkt thailand la bodoh. smua org dah tau sengalll

Talk With Hand said...

aku bukan suruh kau tengok gambar tu . bebal ...

Anonymous said...

tuka la gambar lain..nanti jadi fitnah plak..bangang!!

yanmaneee said...

nike off white
kyrie spongebob
retro jordans
supreme hoodie
stone island sale
yeezy
bape hoodie
kd 12
paul george shoes
supreme