.

TERKINI!!!!! UP-DATE!!!KRONOLOGI SERANGAN KE-2 !!!



Terkini 12.21 Petang: Penceroboh Masih Melepaskan Tembakan
Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata operasi bersama antara polis dan tentera masih menerima tentangan musuh yang melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan negara. Pasukan Malaysia kini menjalankan operasi ‘mopping up’. Tiada korban di pihak kita direkodkan setakat ini namun di pihak musuh masih belum diketahui. Ismail meminta semua pihak agar tidak membuat spekulasi mengenai jumlah kemalangan kerana akan menjejaskan Ops Sulu ini.

Update 12.33 Petang: Operasi pembersihan sedang giat dilakukan. Orang luar dan media tidak dibenarkan menghampiri kawasan pertempuran.

Update 2.10 Petang: Filipina meminta pihak berkuasa Malaysia untuk membantu menyediakan perjalanan keluar yang selamat dari Sabah untuk wanita Filipina dan mereka yang bukan penceroboh bersenjata. Setiausaha Luar Filipina, Albert del Rosario telah meminta rakan sejawatannya dari Malaysia untuk berbuat demikian supaya mereka dibenarkan meninggalkan kawasan pertempuan di sana.

Del Rosario juga meminta Jabatan Hal Ehwal Luar di Manila untuk menyampaikan nota kepada duta Malaysia ke Filipina untuk berhubung rayuan tersebut. Menteri Luar Malaysia, Datuk Anifah Aman berkata beliau akan menyampaikan permintaan itu kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zamid Hamidi.

Update 3.00 Petang:  Dimaklumkan operasi kini berjalan seperti dirancang. Operasi memberkas penceroboh dan pemeriksaan dari rumah ke rumah sedang dilakukan.

Update 4.42 Petang: Ketua Polis negara mengesahkan sehingga kini pasukan keselamatan masih tidak menemui mayat ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie.

Update 4.45 Petang: Menurut salah seorang wartawan UTUSAN, Kira-kira 20 mayat pengganas Sulu setakat ini sudah ditemukan beberapa jam selepas serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh itu di Kampung Tanduo.- Lapor Wartawan UTUSAN

Update 5.45 Petang: Polis masih menjalankan operasi susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu kerana percaya masih ada musuh di kawasan seluas empat kilometer persegi itu.

Update 9.45 Malam: Sehingga pukul 7 petang tadi, polis belum mengesahkan jumlah kematian, kecederaan atau tangkapan di pihak anggota kumpulan penceroboh bersenjata itu.


Sumber:melvister.com 
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: