NUR MISUARI, Pengerusi MNLF yang juga rakan subahat Anwar Ibrahim dalam kejadian berdarah di Lahad Datu, hari ini mengemukakan tawaran kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadi orang tengah kepada penyelesaian konflik yang sedang berlaku di pantai Timur Sabah.
Tertanya juga, kenapa baru sekarang, setelah 19 orang lanun Sulu dan 8 orang anggota polis Malaysia terkorban, Misuari nak menawarkan dirinya untuk menjadi orang tengah?
Mana dia semasa krisis ini di peringkat rundingan? Dia bukan tawar nak jadi orang tengah, dia ancam untuk hantar askarnya ke Sabah kalau lanun Sulu di Lahad Datu diserang lagi adalah. Adakah ini ada kaitan dengan imej Anwar yang sedang terjejas sekarang kerana bukti yang mengaitkannya dengan kejadian tersebut?
Berita dari pautan yang penulis sertakan di atas, juga sedang diputar belitkan oleh macai pembangkang kononnya bukti ‘Janji Najib’ yang menyebabkan semua lanun itu ke mari. Ini saja sudah satu berita tak masuk akal, macam mana Misuari yang beri amaran untuk hantar askarnya datang ke sini, tiba-tiba tuduh Najib terlibat?
Walhal sumber dari perisikan Filipina sendiri yang dipetik agensi antarabangsaReuters mengesahkan Misuari dan Anwar terlibat!!
Ini macam biasalah, Anwar kan rakan subahat Misuari, tidak ada apa yang pelik bila dia keluar kenyataan itu. Yang nyata tuduhan mengaitkan Perdana Menteri itu tidak benar kerana tidak disertakan bukti, hanya air liur, sedangkan penglibatan Anwar dan Misuari dalam kejadian ini begitu jelas sekali, merujuk kepada pautan yang disertakan.
Penulis rasa motif Misuari menawarkan diri ialah untuk memperbaiki imej Anwar yang sedang teruk terjejas sekarang. Anwar tak mahu pilihanraya berlaku di Sabah sebab dia yakin Pakatan haram yang dipimpinnya akan kalah. Apatah lagi setelah rancangan untuk bekerjasama dengan SAPP pimpinan Yong Teck Lee, gagal.
Sebab itu dia bekerjasama dengan Misuari untuk menghasut Sultan apa haram Sulu tu hantar tenteranya ke mari.
Lagi satu persoalan, kalau benar dakwaan Misuari bahawa Najib terlibat, kenapa dia nak minta jadi orang tengah pulak? Suruh sajalah Sultan apa haram karam Sulu itu telefon Najib dan tarik balik tentera?
Nampak sangat tak logik tuduhan, tapi dalam keadaan terdesak sekarang, apa pun boleh guna untuk pertahan maruah Anwar yang sedang terjunam.
Maka itu tawaran Misuari untuk jadi orang tengah ini tidak masuk akal dan perlu ditolak mentah-mentah oleh pentadbiran negara kita. Ini lagi satu wayang politik dengan Anwar Ibrahim sebagai Pengarahnya.
Anwar dan Misuari sebetulnya guna taktik polong, sendiri buat kecoh, sendiri yang selesaikan.
Sebaliknya, Misuari ini perlu dianggap seperti musuh negara. Kalau dia masuk ke sini, dia perlu ditembak mati dengan segera dan mayatnya dihumban masuk laut. Kalau Filipina nak ambil, ambillah dalam laut itu, tidak ada tanah dalam negara ini yang mahu menerima bangkai lanun ini.
0 comments:
Post a Comment