.

HARUS BACA!!!! Kerajaan Filipina Akan Dakwa Sultan Jamalul

Sultan Jamalul Kiram III akan didakwa dengan beberapa kes jenayah kerana melanggar arahan Presiden Filipina, Benigno Aquino bagi meninggalkan kawasan yang diceroboh oleh pengikut beliau di Sabah, menurut Setiausaha Jabatan Kehakiman Filipina, Leila De Lima.

De Lima berkata, tuduhan yang dikenakan terhadap Jamalul Kiram termasuk provokasi untuk berperang, motif untuk membuat serang balas, perhimpunan haram, memiliki senjata api secara haram dan melanggar larangan senjata api yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (Comelec) – dan semua tuduhan itu sedang dalam proses untuk disiapkan bagi mendakwa Kiram, adiknya, Putera Rajah Mudah Agbimuddin Kiram dan 200 pengikut mereka yang menceroboh kampung Tanduo, Lahad Datu.

“Memandangkan mereka masih tidak mengendahkan permintaan yang dibuat oleh Presiden, kini agak mustahil bagi pihak kami untuk memberitahu mereka untuk ‘pulang, kami tidak akan membuat tindakan terhadap kamu,’” tambah De Lima.

Antara tawaran yang diberi kepada pengikut Jamalul Kiram temasuklah jika mereka pulang ke Sulu, mereka tidak akan didakwa.




Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment