.

HARUS BACA !!!! PENDEDAHAN !!!! 10,000 MNLF Belayar Ke Sabah: Sah MNLF Terlibat


 The Philippines Daily Inquirer, sebuah akhbar Filipina melaporkan kenyataan pegawai MNLF, Habib Hashim Mudjahab bahawa 10,000 puak Tausuq dari Basilan, Sulu dan Tawi-tawi kini belayar ke Sabah untuk membantu pengganas Sulu menentang tentera Malaysia. Alasan yang diberikan adalah ia berkenaan maruah bangsa mereka yang telah tercalar di mana Presiden Filipina sendiri tidak menyebelahi mereka. 

Laporan ini, bagaimanapun masih belum dapat dipastikan sama ada dari pihak Filipina mahupun Malaysia. 

Jika ini benar maka ia membuktikan bahawa benarlah MNLF turut terlibat, sekali gus benarlah bahawa pembangkang Malaysia turut terlibat berdasarkan laporan perisikan Filipina dan pendedahan mengenai pertemuan sulit Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari. 

Nampaknya, ‘mempertahankan maruah’ hanyalah alasan untuk masuk dan menyerang secara besar-besaran dan mencetuskan huru-hara yang berpanjangan. 

Di Filipina, puak Tausuq ini turut membuat kacau dengan mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Malaysia sehingga memaksa kedutaan tersebut ditutup sementara. Mereka turut menghina bendera dan membakar gambar Dato’ Seri Najib, Perdana Menteri kita seolah-olah kita yang menceroboh dan membunuh puak mereka. 

Walhal puak Tausuq langsung tidak punya hak untuk bercakap soal maruah. Apakah mereka benar-benar bingung sehingga tidak sedar siapa yang menceroboh negara siapa? Logiknya, Malaysia yang sepatutnya berdemonstrasi di hadapan Kedutaan Filipina dan bercakap tentang maruah dan kedaulatan negara. 

Namun, berdemonstrasi dan mengganas bukan cara kita. Walaupun pembangkang Malaysia amat gemar dengan dua ‘aktiviti’ ini, tetapi Malaysia cukup terkenal dengan kesungguhannya mempromosi keamanan. Malaysia dikenali sebagai negara yang matang, tidak pernah masuk campur perihal negara orang. Malah, Malaysia senantiasa sedia membantu negara-negara yang berhadapan dengan krisis mahupun bencana alam. 

Justeru, yang tiada maruah di sini ialah puak MNLF dan Tausuq. Pengganasnya adalah MNLF dan pencerobohnya ialah puak Sulu. Kedua-duanya telah membuktikan sifat lanun mereka yang tiada tamadun lagi kejam. 

Dengan itu, nama ‘Kesultanan Sulu’ adalah tidak layak untuk digunapakai lagi kerana seorang Sultan, beragama Islam sewajarnya menjunjung tinggi ketamadunan sedangkan puak Sulu adalah orang-orang gasar dan membunuh sesama Islam bagaikan tidak punya iman. 

Kita tahu kini bahawa Misi MNLF adalah untuk ‘mengganggu’ proses pilihanraya di Sabah, sekali gus mencetuskan huru-hara bagi memburukkan nama dan melemahkan negara ini. Semua ini dilakukan untuk membolehkan pihak pembangkang mengambil alih melalui ‘jalan belakang’. 

Untuk pembangkang memilih jalan belakang, dan bukan pilihanraya untuk ‘bertarung’, dengan sendirinya membuktikan yang mereka benar-benar tidak yakin boleh menang. Oleh itu, harapan pembangkang adalah insiden Lahad Datu ini berlanjutan sehingga pilihanraya dan lebih baik jika merebak ke negeri-negeri lain pula. 

Terbukti sudah bahawa pembangkang, terutamanya Anwar Ibrahim, sanggup melakukan apa saja, termasuk menggadaikan nyawa rakyat demi merebut kuasa. Dengan kedudukan Anwar yang semakin terhimpit apabila PAS semakin menunjukkan rasa ‘jijik’ mereka terhadapnya, maka Anwar benar-benar terdesak untuk menyelamatkan diri dan air mukanya. Bagi Anwar, jika beliau tidak dapat menjadi Perdana Menteri, biarlah semuanya musnah sama sekali. 

Kini, rakyat Sabah penyokong PR sewajarnya memikirkan kembali sokongan mereka terhadap parti itu. Slogan Ini Kalilah PR Sabah nampaknya amat relevan dengan perkembangan hari ini. 

‘Terima kasih’ kepada Anwar Ibrahim kerana ‘Ini Kalilah’ kita berpeluang melihat permulaan kepada kesengsaraan yang berpanjangan rakyat Sabah. Mungkinkah PR Sabah sedang meraikan ‘kejayaan’ mereka? Mungkinkah PR Sabah telah berpuas hati dengan ‘prestasi’ pihak Sulu dan MNLF dalam membantu mereka? 

Andainya PRU Sabah dapat dijalankan seperti biasa dan rakyat Sabah benar-benar ingin diperintah oleh ‘Sultan Sulu’ atau ‘Pengganas MNLF’ maka, ‘ini kalilah’ mereka harus memberi undi kepada Pakatan Rakyat. 

Namun, Anwar lebih tahu yang rakyat Sabah tidak akan setuju, maka kerana itulah beliau menjemput pengganas-pengganas ini ‘menghapuskan’ saja rakyat Sabah demi memaksa campurtangan asing untuk meletakkannya di puncak kuasa. -BB-
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

Unknown said...

u ulang i saman kihkih
http://www.youtube.com/watch?v=blAGDTlFXaA

Unknown said...

sebelum di smpai sabah , dh kene tembak ngan kapal perang. sabah skrg dh dikawal ketat !!



Kiram boleh diserahkan kepada Malaysia

Komando USA dalang Lahad Datu ?