.

HARUS BACA!!!!!!!! RAKYAT SABAH: HARAM PIJAK BUMI SABAH !!!!

HARAM PEMIMPIN PR PIJAK BUMI SABAH
Lahad Datu - Kes pencerobohan terhadap beberapa daerah di Sabah masih belum reda dan masih lagi segar diingatan orang-orang Sabah khususnya bagi daerah yang terlibat. Walaupun terdapat beberapa kawasan yang telah diistharkan oleh Perdana Menteri sebagai kawasan Khas.

Kes pencerobohan Lahad Datu ini pada awalnya menunjukan sebagai sebuah gerakan militan yang menuntut kembali Sabah daripada Malaysia dengan menggunakan gerila berani mati Militan MNLF yang dipimpin oleh Dr.Misuari.

Kini, lain pula nada suara orang-orang Sabah terhadap pemimpin-pemimpin PR. Kemarahan orang-orang sabah terhadap serangan pencerobohan di Ladah Datu telah pun meninggalkan kesan yang mendalam di hati orang-orang Sabah. 


Seorang wakil rakyat Sabah menggesa kerajaan negeri mengharamkan kemasukan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua ke negeri itu kerana mendakwa pencerobohan militan Filipina di Kampung Tanduo adalah sandiwara Umno.
Anggota Dewan Undangan Negeri Lahad Datu, Datuk Nasrun Datu Mansur berkata kenyataan Tian Chua itu adalah fitnah dan menggambarkan pemimpin pembangkang terbabit langsung tidak menghargai nyawa manusia.
"Kita tidak mahu dia bawa budaya songsang ke negeri ini dan kita berharap dia tidak dibenarkan pijak kaki di Sabah sampai bila-bila," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap Tian Chua di Balai Polis Lahad Datu, di sini Jumaat.
Nasrun yang juga Ketua Umno Bahagian Silam, berkata rakyat pelbagai suku kaum di negara ini, khususnya di Sabah, harus menolak individu yang membawa budaya asing dan biadab.
Mengenai pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadikan lima daerah di pantai timur Sabah sebagai kawasan keselamatan khas, Nasrun berkata pengumuman itu amat dinantikan oleh penduduk Lahad Datu.



Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: