.

BREAKINGNEWS !!!!! PEMUTIHAN KAWASAN LAHAD DATU !!!!

HARI ini masuk hari ke-24 sejak kira-kira 200 orang yang mendakwa mereka sebagai tentera Kesultanan Sulu menceroboh Sabah di Kampung Tanduo yang terletak kira-kira 120 kilometer dari pekan Lahad Datu dengan tujuan untuk menawan Negeri di Bawah Bayu itu. 


Kejadian itu terus membuka mata rakyat Malaysia betapa runcingnya masalah keselamatan di Sabah. Namun bagi penduduk Felda Sahabat mereka telah lama menghadapi masalah yang ditimbulkan oleh pendatang haram dari Sulu. 


Kisah peneroka dibunuh semata-mata kerana hendak mencuri motosikal dan penduduk terpaksa membayar wang perlindungan bagi mengelakkan diganggu oleh golongan pendatang itu memang telah sebati dengan kehidupan seharian penduduk di sini. 



Mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana bimbangkan keselamatan mereka kerana bagi kaum pendatang itu nyawa seseorang itu cukup rendah nilainya. Sehubungan itu selepas ini sejajar pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak


Perdana Menteri mengumumkan pewujudan Kawasan Keselamatan Khas melegakan penduduk setempat. Selain kawasan keselamatan lebih ketat, mereka berharap program pemutihan dan penempatan semula kaum Sulu di sini dapat dilakukan.

Menurut penduduk di sini dengan pemutihan itu mereka akan memilki dokumen sah yang membolehkan kaum Sulu bekerja dan berniaga secara sah, manakala penempatan semula perlu mengelakkan mereka daripada hanya tertumpu di kawasan pesisiran pantai dan mudah diperguna oleh tentera pengganas.
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: