Allahhuakbar !! Innalillah..Al-Fatihah !
Seorang jurukamera sambilan RTM Kelantan, Muhammas Yaakob, 61, meninggal dunia di Gua Musang malam tadi selepas dipukul beberapa penyokong PAS di hadapan pondok milik parti pembangkang berkenaan.
Menurut sumber, berlaku insiden pukul memukul selepas Muhamas dikatakan meminta seorang penyokong Pas mengalihkan kereta mereka di depan rumah beliau yang didapati menghalang laluan keluar kenderaannya.
Selepas dipukul, menurut sumber berkenaan, Muhamas telah kembali ke rumah dan pada kira-kira pukul 1.15 pagi, beliau mengadu sakit dada dan kemudian tidak sedarkan diri. Beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu.
“Ada yang kata arwah mengalami sakit jantung selepas dipukul beberapa penyokong PAS. Apapun kita tunggu keputusan post mortem dan sidang media oleh polis’, katanya.
Difahamkan, Ketua Polis Daerah Gua Musang akan membuat sidang media mengenai kejadian tersebut hari ini.
PS: Kerana rakusnya berpolitik rakyat, wartawan seringkali dijadikan bahan untuk mereka yang KONONYA berjuang untuk HIDUP dan MATI kerana politik dan perjuangan parti sehinggakan TERABAI soal NILAI NYAWA wartawan yang menjalankan tugas untuk membuat liputan sepanjang proses PRU-13 berlangsung.
Talkwithhand masih lagi menantikan cerita penuhberkenaan dengan terbunuhnya seorang wartawan foto RTM dari sumber-sumber yang boleh dipercayaai.
4 comments:
Inilah BAHANA jika TAKSUB terhadap politik..ISLAM xpernah mngajar kita gunakn kekerasan trhadap sesama makhluk.Kotornya tangan kalian oleh prbuatan sndiri hanya kerna bukan membela nyawa atau seumpamanya...cuma kerna POLITIK DUNIA..nyawa insan lain mnjadi mngsa. Nntikanlah di HARI PEMBALASAN..
Mati sakit jantung selepas d pukul..ingat d pukul sampai mati..berbelit2 laa korang nie
PUKUL ORANG TUA SEUSIA 61 TAHUN .... APA RASIONALNYA ...
Nie blogger pengapu amno nie.. menambah nambahkan cerita .. pembohong punya blogger amino.
Post a Comment