.

BREAKING NEWS!!!!! ISU LAHAD DATU , DALANG UTAMA ADALAH ORNAG MALAYA !!!!!!


Laporan akhbar di Manila dan di KL, menyebut 3 pemimpin pembangkang terlibat dalam pencerobohan militan Kiram ke Lahad Datu. Krew kami terpaksa berulang alik antara Manila, Mindanao dan Davao City untuk mendapat maklumat sahih di peringkat grassroot di Manila.

Kami berjalan-jalan di Davao City, melawat kilang Ikan Tuna terbesar di Asia Tenggara. Namun, sangat mengejutkan bilamana taukeh kilang itu menyebut nama Sebatik Island, Menteri Mohamad Taib dan beberapa orang. Dia meluahkan kekecewaannya atas sikap Menteri tersebut yang gila wang, tetapi tidak membantu mempermudahkan pelaburan mereka ke Malaysia. Sebab itulah kami mendapat maklumat ini secara tidak sengaja http://mymassa.blogspot.com/2013/04/mat-taib-di-davoa-manila-seluar-dalam.html .

ANWAR IBRAHIM
Di Malaysia Anwar Ibrahim dikenali sebagai Anwar Ibrahim, orang ABIM sampai hari ini masih mengekalkan panggilan "syeikh" mereka. Syeikh kaki seks kalau merujuk kenyataan Dr. Chandra Muzaffar di sini http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130426/dn_18/Tabiat-seks-punca-saya-tinggalkan-Anwar---Dr-Chandra

Di Manila, Anwar Ibrahim terutamanya di kalangan yang rapat dengan keluarga Joseph Estrada, memanggil Anwar dengan nama Ibrahim Anwar, sebahagiannya menggelar Mr. Anwar, dan ada juga yang mengenalinya sebagai Joseph Anwar Estrada.

Terdapat juga kelompok orang Filipina yang pernah menetap di Sabah memanggil Anwar sebagai "Orang Malaya". Berapa banyak pun nama-nama Anwar Ibrahim, ianya merujuk kepada Anwar Ibrahim juga.

Mr. Anwar sangat suka mengunjungi Joseph Estrada untuk menikmati lagu-lagu Karaoke sambil minum-minum, Anwar suka menyanyi lagu evergreen tahun 70an, dan filem-filem Hindustan. Sebaliknya Estrada suka menyanyi lagu-lagu dari Amerika.

Hubungan Anwar dan Nur Misuari (di Manila dipanggil Nur Miswari atau dipanggil juga Profesor Nur Miswari) berlaku sejak awal 1970 lagi sejak mereka aktif dalam NGO berciri Islam. Anwar dan Nur Misuari dua-duanya memperolehi Dana awal dari Kerajaan Arab Saudi pada tahun 1971 atas sebab Islam. Persamaan yang lain ialah kedua-dua mereka dipecat oleh Kerajaan masing-masing kerana Rasuah.

Seorang kenalan baru, namanya Magdelano berkata kepada kami, Nur Miswari marah kepada Malaysia kerana semasa Nur Miswari melarikan diri ke Lahad Datu dia ditangkap oleh Polis Malaysia dan diserahkan kepada Kerajaan Filipina. Dendam itu tidak pernah padam.

RANCANGAN SERANG LAHAD DATU
Perancangan awal untuk menyerang Lahad Datu dibuat pada 16.7.2012 ketika Anwar dan Nur Misuari bertemu secara berasingan di Hotel Crwone Plaza, Jakarta. Ianya diatur oleh sahabat Anwar di Indonesia. 

Di Malaysia, ramai yang tidak sedar bahawa Anwar memiliki Pelbagai Jawatan di dalam NGO-NGO Yahudi di Amerika dan German dan kini ianya amat berguna kepada Anwar bilamana Dana-dana Yahudi untuk membantu Anwar disalurkan kepada NGO-NGO pro Anwar di Malaysia.

Salah satunya ialah SUARAM. NGO SUARAMlah yang menyalurkan Dana bernilai RM2 Juta yang dihantar melalui Tian Chua, turut serta dalam lawatan ke Manila ialah R. Sivarasa. Kedua-dua mereka Ahli SUARAM.

Pada mulanya Anwar mahu menggunakan Datuk Jeffrey Kitingan untuk membawa masuk dana itu, kerana Datuk Jeffrey Kitingan mempunyai hubungan baik dengan beberapa keluarga Kiram di Mindanao. Malangnya Datuk Jeffrey Kitingan menolak. Datuk Jeffrey juga pernah mempunyai hubungan dengan NGO German seperti Komrad semasa Datuk Jeffrey bertugas sebagai Pengerusi Institute Development of Sabah (IDS).Hubungan itu masih berkekalan sehingga ke hari ini.

Di University Washington, terdapat ramai tokoh-tokoh di universiti itu yang mempunyai hubungan rapat dengan pelobi-pelobi Yahudi di White House. Antara yang berpengaruh di University Washigton itu ialah William Cohen yang bertanggungjawab membawa Anwar sebagai pensyarah pelawat di situ. American Yahudi Association memiliki kewangan yang sangat kukuh untuk menentukan perjalanan dasar-dasar White House supaya selari dengan kepentingan mereka.

Di Asia Tenggara, khususnya di Kepulauan Spratly, China dan Vietnam (yang dikuasai oleh China Mandarin) mempunyai kemahuan yang sama untuk mengawal kepulauan Spratly dan Amerika melihat jika mereka tidak menyertai persaingan di Asia Tenggara, mereka akan terancam.

Kami tidak ingin menghurai lebih detail persaingan China-Vietnam-Amerika, tetapi kapal-kapal perang Amerika yang berlabuh di Spratly dan 2 kapal perang China yang bertandang di Kepulauan Spratly menunjukkan suasana di sana bakal berdepan bahaya.

Berbalik kepada Anwar, Jamalul Kiram yang mengidam tanah Sabah (dia menyebutnya North Borneo), merupakan individu yang tidak diiktiraf oleh Manila kononnya dirinya Sultan. Minggu lalu sahaja, 35 pengganas Kiram ditembak mati oleh tentera Filipina yang cuba untuk menceroboh Sabah lagi.

Anwar menggunakan kesempatan Jamalul Kiram yang kemaruk kuasa dan tanah, Anwar juga mengambil kesempatan atas kemarahan Nur Misuari yang ingin membalas dendam kepada Malaysia, dengan meminta mereka "merosakkan keamanan di Sabah" dengan dua tujuan. Anwar berharap, dengan pencerobohan itu, Sabah akan kucar-kacir dan pilihanraya tidak dijalankan di Sabah. Kedua Anwar yakin tanpa Sabah, dia mampu menang di Semenanjung untuk menjadi Perdana Menteri.

Selepas menjadi PM, Anwar akan meminta Nur Misuari dan Jamalul Kiram untuk berundur dan mereka akan membina hubungan baru. Perjanjian atas perjanjian.

Semuanya ini Anwar bayar dengan nilai RM2 JUta. RM1 Juta kepada Nur Misuari dan RM1 Juta kepada Jamalul Kiram. Sebab itulah dalam Militan Kiram itu, terdapat kira-kira 10 orang tentera MNLF yang ditugaskan untuk menjaga Agmudin Kiram yang terbunuh itu. Malangnya tentera MNLF itu hanya menyelamatkan senjata M16 mereka sahaja selepas tewas dalam pertempuran di Lahad Datu.

Apakah yang kita perolehi? Di pihak kita 10 Perajurit kita terbunuh dan dibunuh dengan kejam, malangnya Tian Chua menggelarnya kematian itu sebagai Sandiwara.

Kita sambung esok, dalang kedua lebih menarik.

Salam dari,
Bandaraya Manila.

Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: