.

HARUS BACA !!!! USAHA DAP MENGELIRUKAN RAKYAT,MEMECAH BELAHKAN MELAYU!!!



DAP masih cuba mengelirukan orang ramai mengenai hukum Hudud meskipun PAS menyatakan secara jelas parti itu akan melaksanakannya jika mereka berkuasa, kata Bendahari Agung MCA Datuk Seri Tan Chai Ho. 
Menurut Tan, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak menyatakan dengan jelas sama ada menyokong atau menentang Enakmen Hudud PAS.
"Guan Eng sering takut mengenai topik Hudud PAS dan cuba mengelak daripadanya. Malah, beliau sebenarnya yang memberi laluan kepada PAS dengan membantu mereka berkempen," katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

Tan berkata manifesto pakatan pembangkang tidak menyebut mengenai Hudud PAS atau Buku Jingga dan manifesto pilihan raya 2008," tetapi anda boleh lihat PAS menguatkuasakan polisi Islam mereka di Kedah dan Kelantan, katanya.
"Ini amat tidak bertanggungjawab, jadi banyak mana kita boleh mempercayai manifesto pakatan pembangkang," katanya.
Katanya, DAP hanya menipu diri sendiri dan secara perlahan-lahan cuba mempengaruhi orang ramai untuk menerima Hudud di Malaysia.
"Dasar Hudud akan memberi kesan kepada orang bukan Islam dan PAS akan cuba untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan mereka melaksanakan dasar menindas mereka ke dalam semua aspek kehidupan seharian kita.
"Ia adalah jelas bahawa PAS adalah kuasa sebenar di dalam Pakatan Pembangkang dan tidak memperdulikan apa yang difikirkan DAP kerana sejak dari awal, mereka menegaskan dalam semua rangkaian media utama bahawa mereka tidak pernah berputus asa untuk melaksanakan impian mereka iaitu melaksanakan Enakmen Hudud PAS," katanya.


Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: