.

HARUS BACA !!!!! Dakwaan Hadi Awang Calon PKR "songsang" Bukti Pembangkang Tiada Kredibiliti Jadi Pemimpin!!!!!!



Pengakuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa partinya meletakkan calon di kawasan ditandingi PKR membuktikan kemelut dalam pakatan pembangkang yang menunjukkan mereka tidak mempunyai kredibiliti untuk diangkat sebagai pemimpin, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata dakwaan Abdul Hadi terhadap kemungkinan ada calon PKR terlibat dalam jenayah serta berfahaman "songsang" jelas menunjukkan PAS menolak calon yang diletakkan sekutu sendiri dengan anggapan mereka sebagai tidak layak untuk dipilih rakyat.

"Selain pertelingkahan antara PAS dan DAP yang tidak sepakat dalam banyak perkara, saya rasa pertembungan PAS-PKR ini agak boleh membawa kesan buruk pada negara kerana dalam soal kecil ini pun mereka tidak boleh capai kata sepakat.

"Jadi, dalam isu ini mesej yang jelas bagi rakyat ialah mereka (pakatan pembangkang) tidak mempunyai kredibiliti untuk dipilih sebagai calon untuk disokong," katanya mengulas dakwaan Abdul Hadi bahawa PAS mendapat maklumat ada calon sekutu dalam pakatan pembangkang yang menjual dadah jenis pil kuda.

Abdul Hadi dalam ceramahnya di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang, Terengganu malam kelmarin turut mendakwa calon berkenaan menjulang gambar tokoh berfahaman komunis Joseph Stalin, Vladimir Lenin dan Karl Marx.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan bangunan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kulim Bandar-Baharu di sini Selasa, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata apa yang berlaku itu membuktian bahawa tiada pakatan di sebalik nama "pakatan rakyat" yang dibanggakan pakatan pembangkang.

"Rakyat kena faham kerana terbukti pakatan pembangkang sebenarnya tidak sepakat kerana hendak menentukan perkara sekecil itu pun mereka tiada muafakat," katanya.

Berhubung kesan kepada kempen BN bagi pilihan raya umum ke-13 ini selepas pemecatan 58 anggota Umno yang bertanding sebagai calon Bebas, Muhyiddin yang juga Pengarah Pilihan Raya BN berkata pihaknya telah mengarahkan pemimpin di bahagian-bahagian tertentu supaya memberikan perhatian khusus kepada isu berkenaan.

Beliau berkata langkah itu dibuat bagi memastikan keadaan yang berlaku tidak mengganggu kelancaran kempen dan membawa kesan negatif kepada keputusan calon yang dipertaruhkan BN.

"Kita tahu keadaan ini memerlukan kita menanganinya segera dengan memberi tumpuan dan memantau keadaan di kawasan-kawasan tertentu tetapi sebenarnya sebahagian daripada mereka yang bertanding (calon Bebas) adalah anggota biasa Umno, hanya enam orang yang berjawatan," katanya.

Mengenai potensi untuk BN kembali menawan Kedah, Muhyiddin berkata peluang kini terbuka luas kerana daripada tinjauan yang dilakukannya dan laporan yang diterima menunjukkan rakyat hanya menunggu tarikh 5 Mei untuk mengundi BN.

Beliau berkata di sebalik reaksi positif rakyat, jentera dan calon BN tetap perlu memberi sepenuh tumpuan dengan melakukan gerak kerja yang teratur di seluruh negeri memandangkan tempoh waktu ke hari pengundian masih panjang.

"Kita tidak boleh terlalu yakin kerana kita tahu cabaran yang ada adalah hebat dan tidak boleh 'underestimate' tentang kekuatan lawan.

"Tetapi apa pun yang penting ialah sikap para pengundi yang cukup luar biasa di mana bahasa badan, kenyataan dan keghairahan untuk menyambut kedatangan pemiimpin boleh memberi gambaran amat penting mengenai sokongan kepada BN," katanya.


Dalam siri kempen untuk Gelang Patah, calon DAP Lim Kit Siang beberapa kali sengaja bertanya soalan kepada penyokong-penyokong PR tentang siapakah yang jadi pilihan rakyat untuk jawatan PM.

Kit Siang menyebut empat pilihan iaitu Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Tun Mahathir Mohamad dan Abdul Hadi Awang, yang mana disambut dengan “Hadi Awang” oleh penyokong-penyokong.

Kenapa Kit Siang tidak menyebut nama Anwar Ibrahim? Ini menimbulkan pelbagai persoalan. Terasnya Kit Siang sendiri tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi PM.

Ini juga boleh dilihat sebagai usaha Kit Siang menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh lawan beliau calon BN Datuk Ghani Othman jika masyarakat Cina mengundi DAP bermakna mereka menyokong Hadi Awang sebagai Perdana Menteri.

Kenapa bukan Anwar? Apakah Kit Siang ada agenda untuk memecah-belahkan PKR dan PAS supaya DAP dominasi Pakatan?
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: