.

HARUS BACA !!!! MELAYU BANGSA TERMISKIN DI MALAYSIA !!!!



KERANA UMNO , MELAYU MISKIN ????

Assalammualaikum w.b.t (berlapik salam TWH nak mula sound) 

Kenapa perlu menyalahkan UMNO MELAYU menjadi sebuah bangsa yang miskin di bumi yang bertuah diberi nama Malaysia. 

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

Pernahkah anda terbaca,membaca ayat tersebut di dalam Al-Quran? Jika anda sebagai seorang yang berketurunan agama adalah Islam layakah anda untuk menunding jari kepada mereka yang miskin itu adalah berpunca daripada UMNO yang sekian lama memerintah Ngeara. 

Melayu menjadi NAMPAK miskin apabila tiada persefahaman didalam menentukan hala tuju negara pada masa akan datang. Lihat sahaja realitinya sekarang,Jumlah populasi bangsa melayu mengikut pecahan daripada 27 juta penduduk negara kini ,51.0% adalah bangsa Melayu,membawa maksud Melayu masih lagi menjadi mejoriti penduduk utama di Malaysia.

Apabila politik tanahair mula bergolak terpecahnya kepada 3 parti politik yang dikepalai oleh Melayu iaitu BN , PAS dan PKR masing-masing pemimpinnya adalah dari bangsa Melayu,jelas menunjukan bahawa melayu sudah tidak lagi bersatu sepertimana zaman UMNO adalah tunjang kepada perpaduan setiap bangsa bukan sahaja bangsa Melayu ini adalah FAKTANYA.

Perpecahan Melayu semakin nampak lebih ketara apabila Anwar Ibrahim menubuhkan Parti Keadilan Rakyat yang awalnya bukanlah sebuah parti politik yang membawa selogan REFORMASI untuk menuntut keadilan keatas dirinya selepas dikenakan tindakan undang-undang diatas kes liwatnya yang terus mengheret kepada perlucutan jawatanya sebagai Timbalan Perdan Menteri Malaysia serta Menteri Kewangan pada tahun 1998 selepas 16 tahun empat bulan berada didalam kerajaan yang diperintah oleh Tun Mahathir. 

Disinilah bermulanya perpecahan yang ketara bangsa Melayu. Dengan rasa DENDAM terhadap Tun Mahathir yang kononya adalah The MasterMind sehingga dirinya disingkirkan dengan perkara yang begitu hina disisi agama iaitu dengan tuduhan meliwat. Namun selepas Tun Mahathir melepaskan jawatannya secara sukarela pada tahun berikutnya, Tun Abdullah Badawi pula dilantik untuk menggantikan Tun Mahathir di kerusi nombor satu negara.

Kelambutan Tun Abdullah Ahmad Badawi sehingga membawa kepada pembebasan Anwar Ibrahim daripada penjara adalah diantara punca Anwar Ibrahim semakin besar kepala sehinggalah tertubuhnya Parti Keadilan Rakyat (PKR). Hasutan demi hasutan , fitnah ditabur mengikut sesuaka hati Anwar Ibrahim sehingga ke tahap menggulingkan Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PRU-12 pada tahun 2008.

Jadi bagaimana kita boleh katakan bahawa MELAYU semakin MISKIN dibawah pemerintahan UMNO? Ini amatlah tidak Logik dan tidak masuk akal langsung. Apabila Dato'Seri Najib mengambil portfolio pentadbiran negara,pelbagai usaha telah disusun semula oleh Dato Seri Najib bagi memastikan negara dipacu dengan baik dan terus menerima kemajuan diseluruh pelusuk tanahair. Ini jelas terbukti apabila kerajaan melancarkan pelbagai program transformasi seperti NKRA , GTP dan pelbagai lagi. 

Usaha ini tidak menampakan bahawa MELAYU masih lagi dan MISKIN. Bukan sahaja melayu , tetapi kesanya juga turut dirasai oleh bangsa yang lain iaitu Bangsa India dan Cina. Contohnya seperti pemberian BR1M , dan lain-lain lagi. 
  
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: