.

BREAKING NEWS !!!!! PARLIMEN TELAH DIBUBAR HARI INI !!!!!



Dato Seri Najib Tun Razak pada pagi tadi telah pun mengadap YDP.Agung bagi mendapatkan perkenan baginda untuk membubar parlimen 2012 bagi mengadakan PRU-13. 

Perdana Menteri juga didalam perutusan pembubaran parlimen juga turut mengingatkan seluruh rakyat Malaysia untuk berfikir sebaik-baiknua untuk membuat keputusan didalam membuat pilihan didalam PRU-13 nanti agar mengutamakan untung nasib anak cucu untuk masa hadapan. 

Dato,Seri juga turut menyatakan bahawa dirinya akan turun kesetiap pelusuk negara bagi memastikan rakyat memilih dengan betul kerajaan yang bakal memacu kemajuan negara di dalam PRU-13 nanti. 

Pedana Menteri juga menyatakan bahawa kemajuan serta negara yang berpendapatan tinggi tidaklah dapat dilaksanakan dengan sekelip mata sahaja,sudah pasti ianya akan melibatkan masa serta pelbagai lagi peningkatan usaha bagi memastikan negara mencapai hasrat yang telah dirangkakan.

Didalam ucapan pembubaran tadi, Dato Seri Najib seara jelas menekan Intergriti pemilihan perlu dititik berat oleh setiap parti politik yang bakal bertanding didalam PRU-13 yang bakal diketahui tarikhnya pada bila-bila masa sahaja. Ini adalah penting bagi memastikan PRU-13 berjalan dengan lancar tanpa ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku serta memastikan keselamatan negara berada ditahap yang selamat. 

Ini amatlah penting kepada rakyat Malaysia. Hanya Intergriti yang tinggi sahaja mampu mengelakkan daripada negara menjadi huru-hara sepanjang tempoh berkempen yang bakal berlangsung selama 2 minggu sebelum tarikh pembuangan undi diadakan. Ketika ini negara baru sahaja menerima serangan hebat dari anasir asing sehingga melibatkan nyawa anggota keselamatan negara di Lahad Datu Sabah. 

Perkara tersebut wajar diambil perhatian oleh setiap rakyat Malaysia agar memastikan negara mempunyai pemimpin yang TEPAT dan LAYAK untuk memerintah negara agar tidak menjadi seperti , MENANG SORAK , KAMPUNG TERGADAI. 

Perdana Menteri juga turut mengingatkan bahawa masa depan lapisan baru adalah berada didalam tangan kita sebagai pemilih. "usahlah dipertaruhkan masa depan anak cucu cicit , hanya kerana ingin mencuba dan menolak perjuangan kerajaan sedia ada begitu sahaj." katanya ketika menyampaikan ucapan pembubarab parlimen sebentar tadi. 

PS: Kepada seluruh rakyat Malaysia , tugas kita pula untuk menghargai apa yang telah dilakukan oleh kerajaan terhadap setiap lapisan rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa. 

Bukan sedikit perkara yang telah kerajaan laksanakan untuk kita rakyat Malaysia. Pelbagai inisiatif dan insentif telah diberikan kepada rakyat bagi memastikan rakyat berada didalam penghidupan ZON selesa. Dalam pada masa yang sama juga  , kerajaan masih lagi meneruskan setiap apa yang telah dijanjikan oleh BN kepada rakyat PASTI akan dilaksanakan serta rakyat pasti akan menrasai keuntunganya nanti. 






Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: