Pakatan Rakyat (PR) kerap
kali melaungkan slogan "Ubah" dan menjadi trademark mereka dalam
setiap majlis mahupun ceramah. Namun secara realitinya, apakah maksud ubah yang
dilaungkan pemimpin mereka akan membawa kepada kebaikan yang diimpikan.
Ubah perkara yang kurang baik kepada perkara yang lebih baik
adalah tindakan wajar namun ubah kepada perkara yang lebih teruk adalah
bencana. Kerajaan Barisan Nasional (BN) ternyata memperlihatkan satu contoh
tadbir urus dan kredibiliti yang tinggi dalam soal pentadbiran negara.
Buktinya terserlah apabila rakyat kini bukan sahaja menikmati
hidup yang selesa malah negara juga berjaya memacu ekonomi sehingga tidak
terbeban dengan ekonomi dunia yang merundum. Kita lihat contoh beberapa negara
Eropah dan Amerika Syarikat yang dilanda krisis kewangan akinat kelembapan
ekonomi dunia.
Malah, Greece juga diisytiharkan bankrup kerana tadbir urus
yang lemah. Malaysia setakat ini masih lagi nerada dalam keadaan yang mana
rakyatnya tidak perlu merempat dan kemudahan yang disediakan kerajaan dalam
meningkatkan taraf hidup rakyat sangat berkesan.
Pembahagiaan kekayaan juga menunjukkan tiada rakyat yang
tercicir, namun sebaliknya, penyokong pembangkang harus berfikir dua kali
memandangkan sikap mereka yang sering bertindak fanatik tanpa berfikir secara
waras. Baru-baru ini penyokong-penyokong PR telah bertindak melampaui
batas-batas kemanusiaan apabila mengugut untuk merogol dan membunuh seorang
gadis yang pro-BN. Akibat rasa taksub dan fanatik kepartian itu telah
membutakan mata dan hati mereka untuk membezakan yang hak dan batil.
Lebih-lebih lagi pemimpin mereka kerap melaungkan slogan
fitnah terhadap BN yang merupakan sekadar andaian tanpa mempunyai bukti kukuh.
Ia menjurus kepada sentimen berpuak-puak atas dasar kepartian
yang mana seterusnya
mencetuskan bibit-bibit permusuhan bukan sahaja terhadap sesama kaum, bahkan
juga masyarakat berbilang kaum. Selain itu, pemimpin-pemimpin pembangkang juga
sering bertindak bongkak. Mereka tidak boleh ditegur, sebaliknya perlu diampu
bagi menjaga martabat mereka.
Antaranya adalah calon PAS di kerusi Parlimen Shah Alam,
Khalid Samad berlagak pada hari penamaan calon Sabtu lepas, dan juga Ong Kian
Ming dari DAP menyuruh pemberita memanggil beliau dengan gelaran “Doktor”
kerana memiliki PhD. Sekiranya mereka ini terpilih menjadi wakil rakyat,
sebenarnya pengundi telah memilih orang yang salah untuk diubah. Mereka telah
membenarkan diri mereka memilih calon yang bukan sahaja tidak mempedulikan
mereka, tetapi juga bakal menyusahkan hidup mereka.
Mungkin tempoh 5 tahun bagi satu penggal Parlimen akan
dianggap percubaan, namun perlu diingat pepatah mengatakan "sudah
terhantuk baru tergadah" yang perlu difikirkan secara mendalam sebelum
sesebuah kerajaan itu ditukar. Penyokong-penyokong harus sedar dan
"beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis" kerana sekiranya
" harapkan pagar pagar makan padi" semuanya tidak akan berguna lagi
kerana "nasi sudah menjadi bubur".
0 comments:
Post a Comment